Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa – Zurinah Hassan

Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
bagaimana kutidur di dadamu
dan kau cuba mengeringkan airmata
tapi aku tidak dapat bersuara
apabila setiap kata-kataku
telah menjadi sebuah dosa

Bila kau bertanya sesuatu
paling mudah menjawab “tidak tahu”
kerana berkata benar
telah menjadi sebuah dosa

Dan apalagi yang tinggal
selain mulut yang bisu
bila suaraku
telah menjadi merbahaya
dan kata-kata
telah menjadi sebuah dosa.

Zurinah Hassan, 1977
http://zurinahhassan.blogspot.com

10 Responses to Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa – Zurinah Hassan

  1. kak Lily berkata:

    oh..saya membaca puisi ini ketika umur masih belasan tahun dan sangat menyukainya.

  2. sunyi hati berkata:

    hebat..!!

    masih terasa sangat terkesan..

  3. Wahai yang empunya blog,

    Saya dan penyair-penyair yang lain merasa terhutang budi dengan anda yang rajin membuat promosi di sini. Datanglah ke blog saya untuk membaca isi hati.

  4. pusaka malam berkata:

    dia membawa kita menyingkap suri-suri dosa yg
    dilakukan..semoga ada corong-corong kemaafan buat kita di sana nanti…tika puisi ini dicoret saya masih di alam roh..

  5. oera pakrak berkata:

    sekotah kisi bersemayam di hati.
    hampa ku di sini tak ada duli. melenggok sesekali melirik dan berkedip menebak ilusi, penuh asa..
    masa lalu kini bisu, dulu lentik jemarimu menjelma pelangi,
    meleambai rinai, seprti kerlip mata kekasih.
    menjelma telaga, ketika dahaku tak terkira.
    hiruk kelam telah berubah. bunga berganti buah. dan aku tak ingin jadi sampah. seperti daun yang terayun untuk kemudian terjun melambai lembut ke ubun ..
    aku mengerti indungnya cinta .
    biarkan aku merambat menghapus sisa jejak sang pongah dengan getah purba.
    aku hanya berusaha sesabar kura-kura.
    menunggu basah turun ketanah sembari menemani biji-biji yang lelah tak berdaya.

  6. kink berkata:

    kata kata indah tak seperti air zam zam yang bisa melepaskan dahaga…

  7. kink berkata:

    A p D selalu bersemayam dihati ku yang tidak bisa digantikan oleh apapun tau siapapun……….
    dia telah memberikan ku nuansa baru yang merubah jalan hidup ku……..

  8. Asnah Ariffin berkata:

    Indahnya kata-kata,dalamnya makna.Memberi motivasi pada diri,memberi sindiran yg bermakna..andai berkata benar itu suatu dosa….maka sayalah sang penghimpun dosa tiap detik dan ketika.

  9. bunga malaysia berkata:

    mengirim bunga kepada yang tersayang….

  10. yusoffzalmanmohamadamin berkata:

    ” hilang dara ”

    cinta
    dan
    maruah
    yang selalu kau pertahankan
    akhirnya pergi jua
    dan aku terlupa
    adakah kakiku boleh berdiri lagi
    disini
    sedangkan kau
    terus mengajak aku bergolek
    berlari bersama

    sesungguhnya aku adalah
    bukan aku lagi dimalam daramu
    kuragut dan
    tanpa mengenal simpati
    kau aku sucikan
    sebelum esoknya
    kau adalah isteri
    yang bersama-samaku
    mengejar
    seribu misteri.

    yusoffzalmanmohamadamin
    port dickson
    1990

    p/s – Maafkan saya kak inah atas keceluparan puisi ini…selesai
    membaca “apabila kata-kata menjadi sebuah dosa” tiba2
    ghairah menyelinap kepelusuk urat darah…..malam yang sejuk
    bedi menjadi panas membahang…masihkah ada ruang pada
    puisi yang lancap ini untuk bertapak.Kepada isteriku, namanya
    disini diingati…..

Tinggalkan komen