Sajak Nazak – Shamsuddin Jaafar

Dia terbujur di hadapan kami dalam nazak
usianya sudah mencapai hampir tujuh puluh tahun
tibalah detik dia akan berpulang kepada khaliqnya
melepaskan nafas satu, satu di penghujung usianya
dia menarik nafasnya payah sekali
matanya terpejam, dahinya berkerut menahan azab
kumat-kamit bibiraya ku kira memohon keampunan’
menean jalan luras untuk pulang menemui Penciptanya
lama dia dalam keadaan begitu, nazak, menunggu saat
yang sesaat barangkali terasa seperti bertahun
sekali-sekala matanya terbuka, bibirnya bergerak payah
meminta air, kerana terlalu dahaga, katanya.

Dapatkah kita bayangkan saat-saat terakhir perjalanannya?
Betapa dia sendirian menghadapi saat menentukan ajalnya
tiada siapa tahu betapa seksanya dia menarik nafas
dan menghembuskannya satu, satu, hingga sampai ke saatnya
hanya dia seorang sahaja yang tahu
dalam saat seperti itu dia masih terdaya meminta air
kerana terlalu dahaga katanya antara dengar dengan tidak
tetapi airpun betapa dingin tidak dapat memuaskan dahaganya
dia menjadi bertambah dahaga, malah semakin terseksa
menarik nafasnya, seperti tersangkut pada ranjau dan duri!

Dan apabila tiba saatnya, kelopak matanya tertutup
terbujurlah jasad tua itu ditangisi mereka yang tinggal.

Shamsuddin Jaafar,
Dewan Sastera, 2003

One Response to Sajak Nazak – Shamsuddin Jaafar

  1. pusaka malam berkata:

    innalillah hi wainna ilaihi raji’un…semoga rohnya dicucuri rahmat..terima kasih atas sajak yg menyedarkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: