Mencari Syurga Seorang Ibu

Andainya dapat kuungkapkan
rimbunan bahasa kesyukuran
akan aku persembahkan seluruh taat setia
kerana betapa dari berjuta benih
aku telah dipilih-Nya
menuai tangkai hayat
di rimba rahim seorang ibu.

Andainya dapat kusimpul
aura bahasa pengorbanan
akan aku perhambakan seluruh kudrat
kerana betapa dari degup nadi persenyawaan
aku telah dilimpahi-Nya segala keberkatan
pada takhta hati seorang ibu
meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.

Andainya dapat kutenun
fajar musim yang berlalu
akan aku pohonkan takzim
flora bahasa keampunan
kerana walau seluruh perkebunan nurani
mengalir zikrullah dan mujahadah
namun lazatnya syurga
hanya pada ladang bakti
untuk seorang ibu.

ABD RAHIM OMAR
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah.

3 Responses to Mencari Syurga Seorang Ibu

  1. pendita alam berkata:

    dijemput pada semua peminat-peminat puisi, karyawan-karyawan, satererawan untuk memberi komen dan tunjuk ajar yang lebih berkesan dalam setiap penulisan puisi saya, lawati la blog laman pesona jiwa di http://www.penditaalam.blogspot.com

  2. dodo murtado berkata:

    GREATS….

  3. […] ABD RAHIM OMARAngkatan Sasterawan Nasional Kedah.Mencari Syurga Seorang Ibu […]

Tinggalkan komen