Telah kupacak tiang kemesraan ini
pertemuan itu titik permulaan
rindu yang sarat di hujung waktu
adalah sebuah pengisian manis naluri
tercatat memori sebuah benua tak bertepi
di puncak kebahagiaan.
Pernah kaulafaz rasa prejudis
jika kemesraan ini akan terpancung
membunuh segala impian di langit
merpati putih terbang menjauh
berlagulah sang pungguk di perbukitan
mendayu sendu selalu.
Telah kuyakinkan dengan sumpah
daripada seorang pendekar itu
selagi kemerdekaan ini milik kita
mentari tetap tidak akan berpaling
memungkiri sirnanya.
Kekasih
perjuangan kita belum selesai
denyut nafas ini adalah degup debar
sebuah tanggungjawab tak bertepi
pada bumi bertuah ini
pada sebuah mahligai raya
bagai sepasang camar bercanda
meratib pepasir di tepian pantai
pasrah pada takdir
setelah sempurna berusaha!
D J DOLASOH
SMKDA Lenggong, Perak.
Semoga DJ Dolasoh lebih aktif lagi mencipta sajak dan lebih menarik serta berkesan. Selamat Berkarya dan berjaya!
Kekuatan puisi ini saya lihat pada mesejnya yang disampaikan penyair sebagaimana katanya, ‘Kekasih, perjuangan kita belum selesai, denyut nafas ini adalah degup debar, sebuah tanggungjawab tak bertepi.’
Unsur beberapa perlambangan dan simbol juga menambahkan resipi zat puisi dengan unsur Metafora (seperti tiang kemesraan), Personifikasi (seperti meratib pepasir) dan lain-lain di samping penggunaan diksi yang mesra pembaca.
Tahniah kepada D J Dolasoh kerana masih terus menghasilkan karya puitis dan bermanfaat. Saya mengikuti perkembangan kreativiti anda sejak lebih 15 tahun lalu…
Tahniah. Salam Mesra…Puteri Al-Husna.
lukisan jiwa, lukisan hari, lukisan perasaan. Jangan menipu rasa!
fuyoh
dahsyat giler
fuyoh
dahsyat giler
gempak tuh
ek eh..
DJ la..
hahaha
ek eh..
DJ la
hahaha
penggunaan kata2 yg dramatis n bgitu syahdu..terus kan usha dj gd luck n all de best
wow!!
terkezut ana tgk puisi ni
puisi yg cukup indah
sye bayar RM500000 bagi puisi ni
Tahniah DJ Dolasoh pada Puisi Sdr ini’KEKASIH DALAM MERDEKA’. Puisi ini cukup bagus sekali sebagus keperibadian Sdr jua.Syabas,kerna SDr.tidak jemu2 berkarya,nyata karya2 Sdr makin berkembang maju. Baris puisi’pasrah pada Takdir-setelah sempurna berusaha’amat menarik sekali.Teruskan usaha Sdr memartabatkan puisi.salam.
bestnya syair ustaz dj dolasoh
assalamualikum wbt..usatz..syoknye sajak ustaz neh..ni sajak ustaz bace time sambutan ari merdeka tu kan??Penuh pengisian dan indah betol ayat2 ustaz..teruskan usaha!!
gud luck n kimslam kat khairullah na….huhuhu…:-)
Wahh teruskan berkarya ustaz π€