Pantun Merisik

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..

#Ada idea? Sila tambah lagi di bahagian komen.

69 Responses to Pantun Merisik

  1. dinie berkata:

    bukan rapat sebarang rapat
    dari jauh melangkah selari
    silakan ya qadial hajat
    luahan hajat kita dengari

  2. fishydaar berkata:

    hajat bukan sebarang hajat
    hajat ingin menyunting si puteri
    jika tepat kata sepakat
    cincin tanda sarungkanlah ke jari~ :))
    ( ni cubaan, bleh terima x??)

  3. Rock Kapak berkata:

    (Ini utk lelaki)
    Kami datang menaiki kereta,
    walau jauh tidak terasa,
    hajat ingin memetik bunga,
    kerana kumbang mengada-ngada.

    tidur malam tidak lena,
    fikiran melayang serba x kena,
    senyum lebar hingga ketelinga,
    hati x keruan teringatkan bunga.

    wahai orang di sana,
    orang di sini ingin bertanya,
    sudikah kamu menjadi teman setia,
    jalani kehidupan dunia bersama.

    Jika kamu katakan ya,
    maka jangan disiakan masa,
    mari kita mulakan upacara,
    sarungkan cincin pada si dia.

    Hahahaha… ok la nie dari xda idea lagsung….

  4. dinwaladin berkata:

    memanjat pokok didepan rumah,
    pokok tembikai dibelakang kedai,
    hajat hati nak bina rumah,
    rumah untuk gadis idaman didepan kedai.

  5. Wak enal berkata:

    Bila kacang melilit jati,
    ambilkan parang pembelah pinang,
    bila ada hajat di hati,
    mana tepak tanda meminang,,,,

    • CheNgah berkata:

      sirih pinang kacip sudah diberi
      semoga pandai memakan sireh
      hantaran dan penganan telah diberi
      semoga kekal membina sirah

      • nurul aisyah berkata:

        nama sentiasa di dalam hati
        hati di sini di paut orang
        lama-lama di dalam hati
        takut nanti di paut orang

  6. haydenPenatnyer berkata:

    Kelapa tua dibelah belah
    Masak gulai kupang & lokah
    Duduk salah baring pun salah
    Rupanya kumbang gatal nak bernikah

    Bersyair merdu seorang biduan
    Biduan kelana dari Parsi
    Ingin ditanya gerangan tuan
    Dalam hati sudahkah terisi

    Kelapa parut dibuat kerisik
    Kerisik ditimbang berkati-kati
    Hajat menggunung ingin merisik
    Merisik si gadis pujaan hati

    Berbudi tinggi Melayu Rawa
    Pemuda pemudi jadi harapan
    Sirih junjung telah kubawa
    Menunggu adinda beri jawapan

    Anak kecil nangis kesakitan
    Ibu terdengar terus meluru
    Sidara yang satu kami maksudkan
    Hendak membina masjid yang baru

    Kain songket dibuat baju
    Songket dibeli dari pekan
    Kedua keluarga sudah setuju
    Cepat2lah mereka disatukan

    • Rahim Bakhtiar berkata:

      Songket dibeli dari Pekan
      Hendak dibuat baju kebaya
      Sebelum mereka hendak disatukan
      Tanyalah dulu orang tuanya?,,

      Ambil bakul diatas almari
      Bawa kesini diisi bunga
      Sebelum mereka menjadi suami & isteri
      Pastikan dulu mereka sudah ditemuduga(kursus)

      Masuk hutan mencari rotan
      Rotan diolah menjadi perabut
      Sekejab,kami hendak tanya yg punya badan
      Apakah setuju apa yg dimaksud

      Kain pelikat cantik dipakai
      Hadiah dari sibuah hati
      Semoga bahagia membina mahligai
      Pinangan diterima dgn senang hati :3

  7. nurul aisyah berkata:

    jika air berada di mata
    mata pula berada di air
    jika hati beradu di mata
    mata pula mencari air

  8. Zada Barabai berkata:

    maksud hati pergi berenang
    pergi berenang ke air tenang
    maksud hati ingin meminang
    apalah daya belum punya wang

    he he he..

  9. erol berkata:

    wang bukan sebarang wang,
    wang adlh segalanya bagi seorang yg bernama buang,
    kalau tidak pandai menguna wang
    bagaimana poket berwang kalau nk tunang

  10. nurul azhari berkata:

    terbang bayan menyisih palas,
    pinggir paya subur berangan;
    untung tuan kasih berbalas,
    kasihnya saya masih awangan.

    • nurul azhari berkata:

      pinggir paya subur berangan,
      hinggap kenari memayung perdu;
      kasihnya saya masih awangan,
      saban hari berteman sendu.

  11. Zada Barabai berkata:

    bukan kacip sembarang pilih
    kacip di pilih pembelah pinang
    di dalam hati sudah terpilih
    apa daya duluan di rebut orang

    nasiiibbb..

    • haydenPenatnyer berkata:

      kacip lama jadi pilihan
      pilihan terbaik nak belah pinang
      ajal maut ditangan tuhan
      dah memang bukan jodoh korang

      • mel berkata:

        ajal maut memang di tangan tuhan
        mesti pasrah takdir ilahi
        kalau bukan jodoh korang
        jangan simpan di dalam hati

  12. kh azzahra berkata:

    kacang melilit di pohon jati
    beruang tidur memakan kolak
    datang dengan hajat di hati
    tak bawa uang pasti di tolak

  13. MUTIAJI(sanggong cs) berkata:

    Bila adik mas pergi ke hulu
    Carikan akang bunga kamboja
    Bila adik mati dahulu
    Tunggulah akang di pintu surga

  14. MUTIAJI(sanggong cs) berkata:

    Bila adik pergi kehulu
    Carikan kangmas bunga kamboja
    Bila adik mati dahulu
    Tunggulah kangmas dipintu surga

  15. MUTIAJI(S 4600 NG CS)samarinda berkata:

    Bila adik pergi kehulu
    Carikan kangmas bunga kamboja
    Bila adik mati dahulu
    Tunggulah kangmas dipintu surga

  16. sam berkata:

    bukan bintang sembarang bintang
    bintang becah ya di celah bumi
    bukan sayng sembarang sayng
    sayang datang di dalam hati…..

  17. ReD AnT'z82 berkata:

    hati bersih terbayang bayang,
    bukan bintang tapi bulan,
    hati sayang termimpi malam,
    bukan ke kerana cik adik sayang…

  18. nurul anis adila berkata:

    buah berangan di rumpun pinang limau kasturi berdaun muda kalau berkenan masuklah meminang tanda diri beradat budaya

  19. farah berkata:

    buah berangan di rumpun pinang
    limau kasturi berdaun muda
    niat di hati ingin meminang
    adakah tuan hamba sudah berpunya??

    hehehe

    • farah berkata:

      buah kedondong buah kepayang
      ditanam bersama buah berangan
      di hati tiada orang tersayang
      kalau berkenan hantarlah rombongan….

  20. farah berkata:

    indah nian si pari-pari
    terbang tinggi di balik pelangi
    andai kasih sudah terpateri
    usah dibiar si dia menanti….

  21. sandy berkata:

    tanam pinang rapat-rapat
    agar puyuh tak dapat lari
    ku pinang pinang tak dapat
    akhirnya ku bawa lari

    ajab ank gdes oang**

  22. Ashida Saim berkata:

    Tanam pinang rapat rapat,
    Batang pinang di buat titi,
    Kalau dah pinang pinang tak dapat,
    Pinang yg lain buat pengganti.
    AS

  23. Conan berkata:

    Ok

  24. Conan berkata:

    Pergi beli sebidang pukat..beli pukat dikampung pok tuyu. Bila hati dah terikat. Hendak je ku lafaz i love u..

  25. Conan berkata:

    Budak 2 menahan pukat..slepas tahan duduk atas titi..bila hatimu sudah terpikat..terima la diriku seiklas hati.,

  26. wanda wan berkata:

    bukan datang sebarang datang.
    aku datang nak pinang kacang.
    kalau dapet hajat ku pinang.
    mesti dapet kacang dililit pinggang.

  27. Mohd Herry Hasim berkata:

    buah pauh dicelah batang,
    jatuh sebiji ditengah taman,
    dari jauh kami datang,
    ingin menyunting bunga ditaman.

  28. Conan berkata:

    Hebat2

  29. Conan berkata:

    Indah sunguh pemandagan taman..tempat brmain si raja muda..ingin dipinang bunga ditaman…sudakah penuh ilmu didada..?

  30. hanafi abdullah berkata:

    Padi subur di tengah bendang,
    Hijau warnanya tepian perigi
    Hajat dihati ingin bertandang,
    Mencari teman yang sudah pergi,

    • jaja hasymi berkata:

      indah cahaya si kunang-kunang
      di pohon kencana menari-nari
      barang yang lepas jangan dikenang
      kelak merana diri sendiri

      di pohon kencana menari-nari
      pohon tumbuh di dalam taman
      kelak merana diri sendiri
      cepatlah cepat mencari teman

      • Adzmin Chiee berkata:

        Daun Perepat Gugur Ke Taman,
        Tempat Mentadak Berbunyi-Bunyi
        Cepatlah Cepat Mencari Teman,
        Agar Tidak Dibelengu Sunyi

  31. Adzmin_chiee berkata:

    sungguh indah pohon cemara,
    tempat bertingkah burung sekawan,
    kalau sudah sebulat bicara,
    akad nikah ayuh lansungkan,

  32. Shadan berkata:

    Anak cina menanam padi belum tumbuh dimakan babi

  33. mijie_PMM berkata:

    jalan sendiri hendak ke pekan
    melangkah rapi perlahan-lahan
    kalau si dara sudah sudikan
    tetapkan tarikh untuk pernikahan

  34. fie comel berkata:

    123456789 kucing comel
    saya dan awak sama comel

  35. sii monchett berkata:

    bila tiba waktu malam
    semua katil akan bergoyang =p
    aummmm

  36. muhammad ikhwan berkata:

    keikhlasan hatimu memukau aku..
    wajah yang ceria aku disisi mu..
    umpama bintang beribu beribu..
    berkelip-kelip memanggil nama mu..

    kalau bunga bertambah kembang..
    dipagi hari lagi berseri..
    kerna wajah mu memukau bayang..
    umpama malam ,siang berganti..

    kau ibarat lautan..
    sekali pandang memukau mata..
    kerna kau begitu menawan..
    hati terikat, wajah teruja..

    kau umpama semanggat..
    sentiasa menemani ku seada masa..
    kerna kau hatiku tertambat..
    pencerah hati, sesuci mata..

    wajahmu tetap berseri..
    dari kekasih ku jadikan isteri..
    setiap saat, setiap masa aku hargai..
    masjib terbina membawa erti sejati..

    merantau jauh di negeri orang..
    terdengar alunan suara manja..
    ternampak banyangan semakin menghilang..
    rupanya hari semakin senja..

    ungkapan ku tidak seberapa..
    ingin menuntut ilmu didada..
    kalau tersalah dan silap tolong ajarkan..
    supaya ilmu tak sesat dijalan..

    salam dihulur, kemaafan dipinta..
    lakaran ini hanyalah luahan manja..
    rasa dan cinta itu maksudnya..
    biarpun renungan hanya dimata..

    kasih diminta,perasaan dirasa..
    hati tercuit pantun tercipta..
    hanya ingin dikongsi bersama..
    untuk menilai kasih seumpama..

  37. Raja Hassan berkata:

    Rukun Islam dan Rukun Iman
    Pedoman hidup amatlah penting
    Indahnya bunga mekar di taman
    Sudikah kiranya kumbang menyunting?

  38. Rukini Johari berkata:

    bunga melor tanam di pagar
    bau nya harum sekitar rumah
    hajat menyunting bunga yang mekar
    bunga yang mekar sudah berpunya.

  39. Siti Zaiton AK berkata:

    Purnama berseri dipagar bintang
    Awan sepakat mengaburi Purnama,
    Apakah hajat Tuan Hamba datang,
    Adakah ingin menyunting bunga dihalaman Beta.

  40. Effah Hanie berkata:

    Kacang melilit di kayu jati,
    Pucuk menguning menyusup maman;
    Datang membawa hajat di hati,
    Ingin menyunting mawar di taman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: