Advertisements
 

Sajak Pengait Tua – Muhammad Haji Salleh

Januari 17, 2010

Sajak Pengait Tua

Seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

Dengan benang putih
dijalinkan
masa sudahnya
dan dengan benang hitam
dia mengikat
pucuk, ranting dan kelopak
bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di bangku kecil hijau
dai mengait dunianya.

Nukilan: Muhammad Haji Salleh

Ulasan Sajak: Pengait Tua (Muhammad Hj. Salleh)
1. Maksud:
Penyair menggambarkan seorang wanita tua sedang duduk di pantai. Wanita tua itu sedang mengait sambil menanti kepulangan anak dan cucunya yang sudah lama tidak pulang. Siang malam wanita itu sentiasa mengingati mereka, namun sia-sia sahaja. Orang yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba. Ketika menanti kepulangan mereka, ibu tua itu mengingati saat-saat lalu sewaktu dia membesarkan dan mendidik mereka.
Ibu tua itu terus menanti dan sering menunggu di sebuah bangku kecil tanpa mempedulikan kesibukan orang lain dan hal-hal yang berlaku disekelilingnya.

2. Tema & Persoalan:
Seorang wanita tua yang merindui anak dan cucu-cucunya.
a. Kerinduan seorang datuk.
b. Setia menunggu orang yang disayangi.
c. Nasib datuk yang tidak dipeduli oleh anak dan cucunya.
d. Kesibukan kerja anak cucu hingga melupai jasa ayah dan ibu.

3. Mesej:
a. Kita sebagai anak hendaklah ingat jasa ibu bapa.
b. Ambil berat tentang ibu bapa
c. Kasih sayang orang tua tidak berpenghujung.

4. Nilai:
a. Kasih sayang
b. Jiwa yang sepi kerana rindu kepada anak cucu.

5. Latar:
– Zaman kini, era zaman moden
– Masyarakat yang terperangkap kerana arus kemajuan.
– Kerana kesibukan mereka melupakan nilai kemanusiaan dan kekeluargaan.
– Mengharapkan kerinduan tertunai.
– Jauh di desa-desa yang sepi.

6. Peranan/fungsi:
Sajak ini berperanan menggingatkan anak-anak zaman sekarang supaya tyidak melupakan jasa orang tua mereka. Kerana ibu bapalah yang telah mendidik dan membesarkan kita. Tanpa ibu bapa kita tidak akan lahir ke dunia ini dan membesar seperti yang ada pada hari ini.

7. Nada:
– melankolik.

8. Gaya Bahasa:
a. Personifikasi – “mengait dunianya”
b. Metafora – “bunga mimpinya”
c. Inversi – “di warna pasir kasar” – sepatutnya di pasir yang berwarna kasar.
” sepi-rindu malam hari” – sepatutnya malam hari sepi-rindu.
d. Asonansi:
Pengulangan bunyi vokal dan pengulangan bunyi konsonan.

9. Bentuk
– bebas.

Advertisements