(buat keluarga peneroka)
Telah kau kepung segala bau
mengumpulkan khazanah alam
rimba pekat penuh rahsia
menelan apa saja
yang sedia mendekati.
Sebenarnyalah
terlalu berat buat menakluk kekuasaan
kecuali harapan
berbekalkan azam,
pohonpun kita suburkan lagi
lembah dan bukit serinya merimbun.
Kini, baunya yang dihirup
adalah keazaman terkuat
menerbitkan cahaya
serta wangi yang khas
waktu malam di sini
kunang-kunang pun menjadi bintang
menyerikan alam terbuka
siang cerah
bersama surya
terus mendenyutkan usaha.
~ Siti Zainon Ismail, 1984
ya saya pernah ke sini dengan kerja lawatan Felda diundang oleh Ahmad Yatim ketika itu pegawai kebudayaan Felda. Ikut serta ialah Johan Jaafar (ketika itu belum bergelar Datuk). Pagi-pagi dia menjemput saya di rumah Taman Melawati. Ikut sama ialah Zaleha Hashim. Kami baca puisi dan saya dijemput juga menjadi pengadil untuk acara berbalas pantun di kalangan peneroka. Takjub dan terharu para peneroka telah menghasilkan kebun seperti yang diimpikan oleh PM Tun Razak. Saya juga menghasilkan lukisan dengan judul yang sama. Trolak oh Trolak. Penuh doa untuk peneroka pertama di situ.
Bonda tercinta, sudilah kiranya memberi sedikit azimat untuk anakanda sematkan di jiwa bagi mula menghasilkan karya sajak yang bermanfaat menusuk ke jiwa bangsa.
PANTUN UNTUK WARGA FELDA
Datang jauh beribu batu
singah sebentar menjamu selera
ayuh warga felda kita bersatu
kita jayakan gedung makanan negara
salam buat semua…
Pantun mambang DiGi
Maaf kan saya si ikan duri
Kerana tertimpa sebatang titi
tiada yang lain berkenan dihati
kerana mambang DiGi dah berkenan dihati
salam Prof Siti…saya berminat dan ingin tahu tahun sajak dihasilkan dan dimasukkan dalam antologi yang mana satu. tempat tinggal di pedalaman menyebabkan sukar utk mendapatkan buku puisi. antara sajak tersebut ialah :
a. sajak seri trolak
b. cinta
c. Usia
d. emak menjahit..
terima kasih atas jasa baik prof….
Azura bt. pun: ” Seri Trolak” – sajak eceran. Cinta dalam buku ” Puisi Putih Sang Kekasih.
Usia (hadiah Sastera Malaysia ?) dalam DS
Emak Menjahit dalam Kasih Bunda Kampung Paya Kami (DBP 2008/2014)