Seorang Lelaki Tua – Lim Swee Tin

Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.

Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.

Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikan
di kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.

~ Lim Swee Tin, 1993

10 Responses to Seorang Lelaki Tua – Lim Swee Tin

  1. atiqqa berkata:

    wow,cantiknye ayat..tak pernah jumpew ayat seindah ini..semoga berjaya anda mendapat lebih banyak ilham utk mengekakalkan kerjaya anda..terima kasih..

  2. cryta berkata:

    Aku senang baca puisi, boleh aku link blog ini?, salam, Sigit (Jakarta Indonesia)
    http://cryta.wordpress.com

  3. kay berkata:

    Lim Swee Tin @ Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin..adalah lecturer saya di University Putra Malaysia

  4. zhiadania berkata:

    salam. nia pernah mempersembahkan sajak karya bapa nia sendiri di hadapan beliau dan A. Samad Said serta Ramli Sarip dan Kopratasa serta beberapa orang penting sempena kemerdekaan anjuran GPMS pada tahun 2003. proud of you, Prof🙂

  5. net berkata:

    encik lim
    emmmm
    tahniah
    beliau ni pun lecturer sy thn 2002…
    best kan study ngan encik lim…..
    heheheheh

  6. AINE berkata:

    Prof.dr Lim Swee Tin pun lectr saya masa di UPM Serdang..

  7. AINE berkata:

    Prof.dr.Lim Swee Tin pun lectr saya masa blaja di UPUM Serdang.

  8. AINE berkata:

    puis-puisi beliau memang selalu ‘bisa’ mengentarkan rasa saya..saya suka sajak-sajak yang beliau hasilkan..

  9. beejay berkata:

    saya tersentuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: