Puisi Sajak Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan

Merdeka

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju

PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

UNTUK BANGSA MERDEKA

Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.

Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.

Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.

MOHD FADZIL YUSOF


CINTA WAJA WARGA MERDEKA

Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana
menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.

Meski telah kami punahkan sejarah berdarah
dalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
– akan kami laungkan keamanan
– akan kami nyanyikan semangat merdeka.

Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.

Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
– kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.

Karya: Sabariah Bahari

AKSARA MERDEKA

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

NEGERI INI, ANAK

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.

Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.

Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989

TANAH PEJUANG

Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan

Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..

OSMAN ZAINI
080808 09PM
E005 IPS,MIRI

MENCARI WIRA

Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.

Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.

Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
– ada waktunya berontak itu keji
– ada waktunya berontak itu suci
– ada waktunya berontak itu cemar
– ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian

Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad

Nukilan:
Mohamad Saleeh Rahamad

NEGARAKU TERBILANG

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya.)

TANAH JANTUNG

Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita
negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini

Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia

Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.

Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood

NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.

A. Latip Talib
Negeri Sembilan.

BAPA KEBEBASAN
(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)

Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.

Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.

Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.

Dia yang meletakkan makna merdeka
dalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu

31 Ogos tanggal keramat
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

Dialah bapa !
yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.

Ghazali Lateh
Banting, 11 Jun 2000

WATIKAH DI DAERAH MERDEKA

Telah berpesan Laksamana Hang Tuah kepada kita
‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’

Ayuh! Mari kita susur pantai maknanya
di negeri tempat darah pahlawan Melayu mengalir
berselirat ke akar umbi buminya
mencengkam lumat hasad dan dendam
takkan sekalipun meracuni himpunan setia
meski dimesrai penjajah bersilih ganti.

Melayu yang dikurnia akalbudi
tiadalah gentar mendaulatkan jatidiri
meski dibelenggu derita dan mimpi ngeri
ayuh! Kita rentang semangat, tenaga dan minda
menghindar sengketa, menggarap cita di daerah merdeka.

Menjelang malam 31 Ogos
aromanya bak kasturi
menyusup ke tiap pelusuk empat belas negeri
dengan sejuta harapan dan doa
mengharum setiap nadi anak bumi
gemilangnya daerah merdeka milik abadi!

Di daerah merdeka yang permai ini
kita berdiri teguh bercakap tentang maruah bangsa
kedaulatan pertiwi dan gagasan mengangkat makna merdeka
di bawah rahmat Yang Maha Esa
siap siaga bukan sekadar sedar di mata
halangan dan cabaran menuntut ketelusan
menghayati tindakan dan kewajipan
menyelinap ke tiap kerangka visi dan misi
kemajuan dunia melangkah seiringan
tegas mendepani perubahan!

Dengan keyakinan dan iltizam bangsa
jihad ke daerah merdeka
menekuni perkongsian perjuangan dan kehidupan
jangan sampai tergadai diselar petualangan
yang sering datang bertandang mesra
sedang hati diulit dengki khianat
suka melihat kita tersungkur, memaut ehsan.

Demikian terkenang pesan pahlawan terbilang
gah! Suara anak Malaysia bergema di medan pembangunan
lantang meningkat ekonomi dan martabat
dunia menyaksi tamadun bergerak pantas
lenyaplah kesedihan bangsa kita!

Kini mendepani generasi bijak bestari
pendengar dan ajarkan perjuangan silam
jangan sampai terbiar hingga alpa
harga diri bukan pada kemajuan semata
kebebasan, keadilan dan teknologi canggih
tetapi jua menuntut pertanggungjawapan di jiwa!

Karya: Jariah Haji Taha

INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh
Banting,
September 2000

# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.

Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga

Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.

Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.

Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.

Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa

Karya:
Sazalee Haji Yacob

——————————————————–

Anda boleh membaca lebih banyak puisi patriotik  di sini

166 Responses to Puisi Sajak Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

  1. […] boleh membaca lebih banyak puisi patriotik  di sini dan  di […]

  2. […] boleh membaca lebih banyak puisi patriotik  di sini dan  di […]

  3. ase cube berkata:

    puisi memang baik saya ingin berkenalan dengan saudara disana.untuk menanyakan tentang bulan kemerdekaan.

  4. ain berkata:

    best la sajak ni……merdeka…….merdeka……merdeka…..selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.

  5. syafiq berkata:

    sajak yang ade kat sini memang bagus. saya amat berminat dengan sajak yang ada di sini. kalau boleh saya ingin menjadi seorang pencipta sajak

  6. syaz!!!! berkata:

    hye!!!!!!!!!!(*_*)
    saya tinggal di segamat johor…………..

  7. aiman berkata:

    sungguh indah

  8. evangelina berkata:

    sajak ni memang yang i ingini

  9. miszfetyjelia berkata:

    sajak ni best sangat2….. chayunk sajak chayunk penulis2 sajak. tanpa korang ilang sastera bahasa melayu kita……………

  10. zulhairy berkata:

    saya nak maksud sumpah anak merdeka.

  11. Hazim berkata:

    ada x sajak atau puisi yang pendek-pendek?

  12. nur athirah bt md md rahim berkata:

    sajak kat sni sume panjang2….. tapi sajak tajuk sumpah anak merdeka pendek skit….. lain kali keluarkan sajak yg pendek….

  13. AMIRAH berkata:

    saya igin mencari sajak kemerdekaan,,

  14. farina berkata:

    farina suka sgt kat sajak ni.ketika desir-desir suara angin menyentak rumput di halaman,eeeeish suka sangat sajak ni.

  15. milo berkata:

    saya suka sajak ini.terima kasih kepada siapa yg mencipta sajak yang indah ini.

  16. syasya berkata:

    sgt best dan menarik.

  17. EyQqA berkata:

    yAhOO.. mErdEKA…
    KiTA BeyBAs daRY pENjajaH..
    BeSt laRH saJAK2 nEY..
    tP kalaW ADA yg LG bEST, kaN sYok..
    hUhU..

  18. L.O.L berkata:

    BEST BAH SEMUA SAJAK DI SINI!YIPPIE!HA!HA!HA!HA!HA!

  19. rajaasiah berkata:

    semua sajak-sajak ini sangat bagus dan membuatkan saya terharu..terima kasih!!!

  20. noraini berkata:

    semua sajak ini menyentuh perasaan saya

  21. azfa alia berkata:

    takde koleksi syair patriotik sempena bulan kemerdekaan ke???

  22. kirana berkata:

    best poem!!

  23. kirana berkata:

    I want to be your friend..can u??

  24. santonio sinaga berkata:

    sangat menyantuh hati ku

  25. ain berkata:

    haha….lawak eh….mun c tauk nk selami sajak patriotik,bgus boh,,haha

  26. santonio berkata:

    hheeee bagus juga pusinya sanyat badan ku

  27. hamad berkata:

    Terima kasih kerana sajak ini lah saya punya projek berjalan dengan lancar..AMIN..

  28. Mutiara berkata:

    Terima kasih atas sajak – sajak yang dikongsikan bersama. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.:)))D

  29. Nadia berkata:

    Sgt bagus… Salam Kemerdekaan yg ke 53!

  30. shamimi berkata:

    saya sukakannya.ianya sangat bagus.salam kemerdekaan daripada saya yang ke-53

  31. fasya berkata:

    slamat myambut kemerdekaan yang ke-53….MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!!!

  32. brenda berkata:

    wui… bagi kat aku sajak yang pendek ble??
    tak paham kalau panjang berjela jela hmm

  33. hanis berkata:

    makin bawah makin panjang

  34. athirah berkata:

    ALL THE BEST/MEMANG AKU ANAK MALAYSIA

  35. adryana berkata:

    best juga.

  36. syafa berkata:

    i lorve dis,,!!!

  37. fyra berkata:

    sayer nak cari puisi merdeka tok taha….

  38. qilah berkata:

    tulis banyak lagi………… aku nak sangat sajak kemerdekaan

  39. nana berkata:

    wah bnyk nyew sjk hari kmrdkaan ni hahahahaha……………

  40. Nuhannan CM Sakimi berkata:

    Tahniah…sajak2 semuanya bermutu dan menepati tema.

  41. zaty berkata:

    not bad~ 😀 sajak dri sini la saya dpt tmpt 1st dlm pertandingan sajak ari tuh~ arigato gozaimasu~ XDD

  42. grace berkata:

    best btul lar sjak kt sni,,,,slm 1 malaysia buat semua..merdeka3…

  43. khairunisa berkata:

    WAH!hebat sungguh isi-isi sajak ini…Sazeeli hj.Yacob memang berbakat dalam bidang penulisan sajak!! DI HALAMAN KEMBANG SEPATU INI,SELAMANYA SEJAHTERALAH WARGA THE BEST!!

  44. MalaysianGirl berkata:

    prOud to be MALAYSIAN …im the child of MALAYSIA !! MERDEKA !

  45. gurlzzz berkata:

    sajak sumenyer panjang buat yang pendek plak…but all of that i’m proud to be malaysian…1 malaysia,1 bangsa,1 negara,1 kerjasama

  46. haaaaa bezz nyew bnyak gler sajak suke argggggg…………tpi kan bg la pendek chikit lrat sya nk bca nnt………^_^”

  47. una berkata:

    saya suka smua sajak ni

  48. KausiLaraCatz berkata:

    ooooo…….I’M PROUD TO BE A MALAYSIAN…..N…ALWAYS

  49. NUR FARAH AINAA berkata:

    sajak2 ni best2…..saya ade ambik sajak yg bertajuk SUMPAH ANAK MERDEKA…!!!!!saya ambik sajak nie utk pertandingan mendeklamasikan sajak @ sekolah saya…

  50. SHAHDAN berkata:

    saya mncari sajak brtajuk transformasi…

  51. panjangnya sajak xde yang pendek ke??? x dapat nak hafal lah lau panjang2.

  52. merdeka……..merdeka………..merdeka…….tetapkanlah kemerdekaan di negara kita…. kerana merdeka……negara malaysia ini hidup aman damai dan sejahtera…..swlama-lamanya……..

  53. syam berkata:

    senang ckit nk wat keja skolah

  54. Nik Newman berkata:

    sungguh cantik sajak-sajak ini semua..memang bermutu tinggi keaslian gaya bahasanya yang boleh membuatkan audiens pegun mendengarnya..TQ..

  55. afzuan berkata:

    memang la.kat sini cantik2 belaka.

  56. zuhair berkata:

    betul,betul,betul

  57. amaL berkata:

    thanks haniey,
    puisi sajak patriotik ini sangat berguna.

  58. zuhairi berkata:

    x best langsung!!!! booo……….booo………

  59. Farhah berkata:

    sajak di laman ini semuanya bagus.. saya boleh menggunakannya dalam pertandingan.. tetapi adakah sajak di sini semuanya berunsurkan kemerdekaan? tidak adakah yang berunsurkan bacaan sempena bulan membaca….

  60. Nur Ain Hassanah berkata:

    i like it

  61. hidayatul iqmal berkata:

    sajak ni bagus sangat……..
    kerana sajak sumpah anak merdekalah saya menang tempat pertama…
    ringkas dan senang

  62. Titis Vidiaty berkata:

    sungguh indah dan menawan. tapi sayang puisinya ke panjangan

  63. nur fazilah berkata:

    sajak ini amat menyentuh jiwa saya…

  64. sarah berkata:

    saudara-saudari sekalian yg punye bakat dlm bersajak mehla join pertandingan ni…tengok2 dulu adiah yg ditawarkan…=)) like terbanyak akn dipilih sbgai pemenang…nk guna nama kwn/adik/akak/abang pun boleh sbb peserta yg bleh masuk ialah pelajar2 ipta & ipts…xkira umo..semua institusi pngajian tinggi bleh msuk

    http://www.facebook.com/pages/Ilham-Inspirasi-Anjuran-UiTM-Kelantan/100462286700811

  65. sya mcm nak lain drpd yg lain.akulah kemerdekaan takde ke?

  66. ika berkata:

    alam macam mana ni…nak cari sajak yg mana ni,,,,,,?banyak sangat..agak agak nak ambik yg mana ekk????cecita cecita

  67. iwana berkata:

    wow!!!!bnyk nya sajak ada syair pun ada…………

  68. iwana berkata:

    wow!!!!bnyk nya sajak,syair pun ada…………

  69. Siti Izzah berkata:

    wow….. seronoknya nanti boleh salin banyak-banyak,hmm….betul,betul,betul

  70. VIKNESWARAN berkata:

    SUPER………… SAJAK YG BERTAJUK SAYA ANAK MALAYSIA

  71. yEnNy berkata:

    aCtuAlLy,, saYa sanGat miNaT bErsaJak..saya seRinG mendApaT temPaT pErtaMa daLam pErtanDinGan saJaK.. tErdaPaT banYak saJak2 y mEnaRik y ada d sini… hOpe lepas ni,, aKan adA leBih baNyaK laGi saJak y d mUatkaN.. 😉

  72. Dashat la Sajak tentang Kemerdekaan ni. 🙂

  73. ske lha sjak SUMPAH ANAK MERDEKA!
    MAU COPY~

  74. MiAka YuUki berkata:

    So many choices! Aisshhh, how!?

  75. Rafif Fakhri berkata:

    SUMPAH ANAK MERDEKA

    Aku anak merdeka
    Bangkit dari persada luka
    Berdiri megah di pentas wira
    Inginku tebus maruah bangsa

    Aku anak merdeka
    Terjaga dari ranjang kecewa
    Berpaksi gagah di panggung perkasa
    Ingin ku bela nasib bangsa

    Aku anak merdeka
    Harapan nusa dan bangsa
    Akan kutentang petualang negara
    Yang tegar membuat angkara

    Aku anak merdeka
    Di hati semangat waja
    Di dada penuh satria
    Ini Tuah akan membela
    Untuk kubalut luka lama

    Saya nak ambik sajak ni..

  76. hfgbdfsbvdfhbv berkata:

    pendeklah sikit 😛

  77. khaiyal vili berkata:

    tajuk- menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang berpatriotik serta bertanggungjawab (tolong buat sajak

  78. shuhaida berkata:

    Sayang ramai yang berminat dengan puisi.tapi sayang tiada pihak yang memperjuangkan puisi,dengan puisi kita mampu melontarkan rasa,saya kira jika puisi di perjuangan akan ramailah pelapis muda yang mampu mengerakkan perubahan minda

  79. best nye sajak ni.malangnya sye x reti nk bace sajak sebab dah biasa masuk pidato

  80. ieja amran berkata:

    Puisi sajak ini memang bagus sekali..

  81. Shira berkata:

    Puisi sajak yang sangat indah

  82. hy6 berkata:

    bara

  83. sala tulisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

  84. Rokiah Ismail berkata:

    beres punya sajak

  85. Nur Nadhirah berkata:

    WOW BEST GILERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR PUNYA SAJAK

  86. nurulannisa berkata:

    sajak ini amat,amat,amat dan amat bagus sekali

  87. Nurul Aina Subhatina berkata:

    panjang betul sajak ni …tapi best

  88. ainiqa_luvers cute berkata:

    Sajak yg ite write hanya ringkas and maybe faill!!!!!

  89. ainiqa_luvers cute berkata:

    Yg nurul Aina ask tadi tu….ite rasa x best pon…..panjang giler!!!!?JGN marah:)

  90. ariana berkata:

    😉

  91. ariana berkata:

    ;(

  92. ariana berkata:

    ape bende yg ditulis dekat comment ni… 😦

  93. ALIF SATAR berkata:

    MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA

  94. […] KLIK DI SINI UNTUK LAMANBLOG ‘DUNIA PENYAIR’  […]

  95. mimi berkata:

    bagus…sangat bagus….bagus untuk rujukan

  96. abirami a/p j,manickam berkata:

    merdeka!!!!!!!merdeka!!!!!!!merdeka!!!!!!!

  97. nor nadira berkata:

    kami anak malaysia

  98. Nik Aulia Farinaz berkata:

    merdeka….

  99. TIQAH berkata:

    merdeka! merdeka! merdeka! 😀

  100. AIMAN berkata:

    aiman suka sangat sajak ni .so best.MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.TIQAH BODAC

  101. AIMAN berkata:

    AIMAN SUKA SAJAK NI.AIMAN RINDU TIQAH

  102. syaza berkata:

    bnyaknye sajak ni best2 blaka……..sya nk cri stu sajak SAYA ANAK MERDEKA

  103. syaza berkata:

    bnyaknye sajak ni best2 blaka……..sya nk cri stu sajak SAYA ANAK MALAYSIA

  104. ayunisofiah berkata:

    saya suka sajak ni
    yg paling suke sumpah anak merdeka

  105. aiman berkata:

    bagus

  106. Nurul Syazana berkata:

    ckgu sruh cari tjuk semangat patriotisme..pbs sejarah

  107. Nur kac berkata:

    Sungguh indah.

  108. keserumpunan berkata:

    Nah.. aper kabar ni anak2 malaysia, puisi niemg cantik sangat, saya anak indonesia, nati kalian bisa juga membaca puisi indonesia yer?

  109. Mutiara berkata:

    minta copy puisi ye.terima kasih,Hanya tuhan yg mampu membalas jasa baikmu. 🙂

  110. Mutiara berkata:

    minta izin copy puisi dan sajak ye.terima kasih,Hanya tuhan yg mampu membalas jasa baikmu. 🙂

  111. Fatihah Fauzi berkata:

    Saya mahu minta izin untuk copy sajak ini boleh? Saya kena membaca sajak di depan kelas. Harap tuhan membalas baik hati mu.

  112. mrs a berkata:

    minta izin copy….

  113. batrisyia berkata:

    saya nak minta izin untuk copy

  114. aina fazira berkata:

    saye minta izin nak copy ye.

  115. […] Puisi sajak patriotik sempena bulan kemerdekaan | dunia […]

  116. muhyi lembah bidong berkata:

    puisi ini begitu indah

  117. asmaa berkata:

    saya berasa keliru,yang manakah saya patut pilih untuk persembahan sajak.semuanye nampak menarik.saya amat berterima kasih kepada penulis kerana telah memberi aidea untuk saya.

  118. 2016 Calendars berkata:

    Quality articles or reviews is the main to invite the visitors to go to see
    the web site, that’s what this web page is providing.

  119. Olive khor berkata:

    Boleh tak cari sajak menghargai jasa tokoh

  120. ainnabila berkata:

    apa maksud persada luka ?

  121. roskamaruzzaman berkata:

    sajak satu malaysia?

  122. semua sajak nie best la

  123. irra berkata:

    Smua sjk d sini panjang²

  124. ikhwan berkata:

    Izin Copas buat tugas

  125. Nur Arissa Najiha berkata:

    Panjang sangat sajak awak

  126. alinpolis berkata:

    Selamat hari merdeka!!!!

  127. azalea berkata:

    aku anak malaysia

  128. Panjang sangat sajak awak

  129. Lisa berkata:

    Bosanla jgk adabyg panjang xeh hafal mcm manaaaa😡

  130. ROSMAH berkata:

    Aku anak merdeka
    Bangkit dari persada luka
    Berdiri megah di pentas wira
    Inginku tebus maruah bangsa

    Aku anak merdeka
    Terjaga dari ranjang kecewa
    Berpaksi gagah di panggung perkasa
    Ingin ku bela nasib bangsa

    Aku anak merdeka
    Harapan nusa dan bangsa
    Akan kutentang petualang negara
    Yang tegar membuat angkara

    Aku anak merdeka
    Di hati semangat waja
    Di dada penuh satria
    Ini Tuah akan membela
    Untuk kubalut luka lama

    Salam, macam mana say anak minta izin guna sebahagian dari kata2 yang digunakan di atas?

  131. nursyazmeza berkata:

    macam mna nak snang hafal

Tinggalkan komen