Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Rabbani

Ustaz Asri Rabbani

Syurga Selalu Bersamaku

Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat

mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat.

Aku yakin bahawa syurga akhirat
tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

Maka rumah dan keluargaku
adalah syurga dunia paling indah buatku
Tempat kerja syurga dunia harianku
Tetangga, masyarakat dan bangsa
adalah syurga duniaku yang lebih luas.

Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….

~ Ustaz Asri

———————–

Benarlah Ustaz Asri sudah tiada. Berita pemergiannya sukar sungguh untuk saya telan. Dan saya pasti seluruh jiwa yang mengenali Ustaz Asri bagaikan terpana dipukul halilintar. Seperti saya…..

Terlampau sedih sehingga tak terkata….

Segala kata nasihat yang terkandung dalam lirik nasyidnya bagai syair yang sangat indah dan puitis bagi saya. Suaranya yang  lunak dan merdu mengalunkan azan pasti akan dirindui selalu.

Cukup saya mengagumi keperibadiannya yang baik dan sering tersenyum. Dia menyenangkan hati sesiapa yang mengenalinya.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Ustaz Asri. Perginya tak kembali….

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya di rahmati Allah dan tergolong dalam ahli syurga..Amin.

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

17 Responses to Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Rabbani

  1. nessa berkata:

    Al-fathiah buat Ustaz Asri. Semoga Pemergian Ustaz di rahmati Allah S.W.T Pemergian Beliau bagai kan hilang sebutir mutiara. Dan Takziah juga buat keluarga ustaz..

  2. zaini berkata:

    Menitis air mata mendengar pemergian Ustaz.

    Liriknya menginsafkan, suaranya lunak, hati tersentuh setiap baik2 yang disebutkan

    Al Fatihah buat Ustaz Asri

  3. khairul berkata:

    Al Fatihah buat arwah Ustaz Asri. Suaranya lunak dan mendamaikan hati.
    Semoga ruh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh. Amin..

    Pergi mu tak kembaliii…

  4. Ibnuhijjaz berkata:

    Tidak dapat menahan sebak semasa menerima berita pemergiaanya..air mata berlinangan..

    Saya meminatinya bukan semata-mata kelunakan merdu suaranya tetapi paling utama akhlaknya seimbang antara bersifat sebagai seorang artis nasyid, sebagai seorang ustaz dan seoarang hamba Allah yang tawadhu’ pada manusia lain..wajahnya sentiasa tersenyum..

    Lagu2 alunannya terlalu banyak dan menginsafkan diri.. tanyalah sesiapa sahaja yang pernah menghayati Munajat, Pergi Tak Kembali, Mana Milik Kita, Nun Di Sana, Anak Soleh..Takbir Tahmid..Selawat..Masya Allah..kurniaan Allah buatnya..seolah-olah ada ‘aura’..lantaran ia ikhlas dan istiqamah untuk Islam melalui seni nasyid..

    Semoga ia tenang disana dengan ruh para syuhada’ para sollafussoleh..tinggalanya bawa manfaat buat kita semua..menyambung perjuangan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W…. AL-FATIHAH..

  5. wana93 berkata:

    innalillahi wainna ilaihi rajiun..
    al-fatehah..
    sem0ge ustaz Asri dtemptkan brsme org2 yg s0leh..
    amin..

  6. nuriman berkata:

    Al Fatihah…pergi tak kembali….Allah sayangkan dia…

  7. hazian berkata:

    Ya Allah..tempatkan rohnya bersama-sama dengan org2 yang beriman dan soleh..Amin

  8. Wan Abd Aziz berkata:

    Ketiadaan ustaz Asri suatu kehilangan kepada dunia Islam, mesejyang disampaikan melalui alunan nasyid sungguh menyentuh hati dan menjadi sebutan anak-anak. Saya doakan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh. sesungguhnya kehilangan beliau tiada gantinya.
    al-fatihah

  9. wan mohd shukri berkata:

    ketiadaan ustaz asri satu kehilangan yang begitu bernilai,takziah kepada keluarganya dan alfatihah kpd allahyarham….semoga ditempatkan ditempat orng2 yang soleh…amin yarabbal alamin

  10. shafifah berkata:

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009

    Klik :

  11. raden biwono berkata:

    innalillahiwainnailaihirojiun…dan alfatihah buat ustaz Asri..yang telah kembali kepada alam yang kekal abadi menuju tuhannya semoga rohnya di tempatkan dikalangan para solihin dan shuhada

  12. hajirikhusyuk berkata:

    Salaam..

    semoga ruhnya diredai Allah..dan tenteram di sisiNya
    ikhlas
    http://hajirikhusyuk.wordpress.com

  13. Annamir™ berkata:

    Salam TAKZIAH dari saya buat keluarganya, para peminat dah sahabatnya!
    Moga ROH beliau sentiasa dirahmatiNYA insyaAllah!
    Kita kehilangan pejuang seni nasyid tanah air yang amat tawadhuk dan berjiwa besar!

  14. ila berkata:

    smua psti akn kmbli pd Yg Hak . .hmpir mnitis airmata saat tdgr berita ni . . al-fatihah . .

  15. saudara tokan berkata:

    salam, ada tak biografi rabbani?? tq

  16. zaza berkata:

    tersentuh apabila mndengar kmbli lgu2 nyanyian bliau

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: