Puisi Sesat Dalam Hakikat

SESAT DALAM HAKIKAT

Sesat tidak manusia itu
disukat dalam cetek ilmu
menjadi neraca hayat
menimbang kebenaran hakikat.

Akan sentiasa dalam sesat
jika kering ilmu makrifat.

Jika kosong dada, kosong jiwa
sekalipun kaya sihat, kaya harta
masih juga menjunjung sesat
kerana hidup dunia untuk akhirat.

Hanya dengan makrifatullah
benar-benar menunjukkan
mana duniawi mana ukhrawi
membenar lagi menyelamatkan
hakikat kebahagiaan hayat
berawal dunia mengekal akhirat.

NAWAWEE MOHAMMAD
Jertih, Terengganu

4 Responses to Puisi Sesat Dalam Hakikat

  1. shida berkata:

    syabas….

  2. Dhamah Syifflah berkata:

    Datangnya cinta kerana mata…
    Berbunganya cinta kerana perilaku…
    Teguhnya cinta kerana ingat…
    Bersatunya cinta kerana mengenal…

    Dari cinta hadir Makrifat…
    MengtauhidkanNya datanglah Sufi…
    Cinta suci lahir dari keikhlasan…
    Tidak dipaksa tapi dirasa…
    HakikatNya menghala kebahagiaan…
    TarikatNya membawa perjalanan…
    SyariatNya beroleh kejayaan…
    Lantas apa yang dikerjakan…
    Membuahkan satu impian…
    Bersemadi terus bersamaNya…
    Itulah kejayaan tanpa batasan…
    Bermula dari pandangan mata…

  3. 4serangkai berkata:

    “Buah salak buah kedondong,
    Buah berangan dalam baldi,
    Bukan nasib tidak beruntung,
    Salah kita x mengenal diri”…

Tinggalkan komen