Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
salam
i always love this poem! and really happy someone else appreciate it too!!
love it even more when kopratasa sang it
by the way, song ‘lelaki’ by ct, is it originally a poem? in case you know!
sy memang suka baca puisi A. Samad Said dan Usman Awang. Lagu puisi Kopratasa pun sy suka dengar…huhhuu…
satu puisi yag terkesan di hati
sebuah karya yang amat indah bahasanya,….
Terkelu lidah membaca puisi mu.. ku di alam maya dengan kehadiran mu, membawa diriku merentasi dunia yang fana. Daku sungguh menghargai bakat dan kebolehan mu membuka mata sinar ku kearah yg lebih bercahaya.. Cahaya mu..
Amin
Sungguh menyayat hati apabila saya membaca sajak ini..Seolah-olah timbul rasa keinsafan dalam diri ini..
Dinyanyikan dgn baik sekali oleh ku.mpulan Kopratasa Evergreen.
Tetamu Senja…
satu garapan ilham yang terlalu tulus dan qudus…
satu suara hati yang dapat dipegunkan dalam perkataan yang paling tepat dan padat…
kepada mereka yang terbuka pintu hati dan minda sahaja,
yang dapat cahaya hidayah dan taufik – Nya…
dapat mengesan bait-bait terbaik sebegini…
halus dan seni jiwanya…
jauh dari mazmumah dunia…
selamat berjuang Datuk…
SAYA SUKA SAJAK
SAJAK ITU LAMBANG JIWA..PADA YANG MENGERTI DAN MENGHALUSI NILAI SENI DALAM PENULISAN SAJAK.
TETAMU SENJA ADALAH PUISI YANG BAIK.
boleh x sape2 yg dapat bg pemecahan makna bg puisi ini..
puisi amat menarik..
Tiupan insan tiupan permulaan
Bakal menyaksikan alam keindahan
Nikmat insan nikmat kemudian
Jangan dibiarkan insan kelalaian
Biar setinggi gunung
biar setinggi gaung
Tatkala senja kembali berkubung
Jangan di sana kita meraung
ingin nak tengok lagu lagu puisi dalam AKADEMI FANTASIA !!!
salam dari pendita alam pada semua karyawan2 tanahair dan pemiat2 puisi, lawati lah blog pesona jiwa yang memaparkan puisi2 jiwa dari pendita alam, dan berikanlah komen dan tunjuk ajar kepada pendita alam http://www.penditaalam.blogspot.com
Puisi yang benar2 menyentuh hati. Sesuai untuk dihayati oleh insan2 yang bergelar manusia di muka bumi. 😀
puisi tpwk bez glak…saya ska dgan sume krya a samad said……hasrat hati ingn nak jmpa a samad said….
puisi tOwk bez glak…saya ska dgan sume krya a samad said……hasrat hati ingn nak jmpa a samad said….
KMEK SLALU JWAK KARANG PUSI TAPI X SEINDAH A SAMAD SAID
TEMN ADALAH CERMN & BKAN UNTK DIPERMAIN,
TEMN YG SETIA ADLAH TMPAT UNTK LUAHAN & BKAN UNTK DLAWAN,
HUBUNGAN TEMAN X BISA D PUTUSKAN BIAR PUN DGN UCAPAN & UNGKAPAN,SKALI BERTEMAN AKHIR HAYAT IA TETAP DI INGATAN………….
saya amat teruja mmbace puisi ini.pada pertama kali mndgr puisi ini dipersmbhkn dihadapan perhimpunn saye trus brasa teruja ingin meneroka isi puisi ni.saye yg mmg bercita-cita mnjdi sasterawan tlh mnjdikn a.samad said sbagai idola.saya berhrp,smoga BAHASA IBUNDA negara kita terus maju.smoga saya dpt brhubung dgn idola saya. salam permis
Indah dan realiti…
[…] Sumber: Dunia Penyair […]
Salam.
Pertama kali mendengar sajak ini dinyanyikan oleh guru Bahasa Melayu kami dalam aktiviti Bulan Bahasa. Beliau menyanyi sebagai selingan kepada penyampaian hadiah Pertandingan Deklamasi Puisi. Rasanya dalam tahun 1995/1996.
Suka sekali.
pertama kali terbaca sajak ni, mmg terkesan dihati. pada waktu tu xtaupun yg sajak ni mmg popular…
saya gembira bila dapat deklamasikan sajak ini…
TETAMU SENJA – antara sajak yg saya minati….
a.samad saidmemang terbaiklah…idola aku di nusantara
bagus lah..tetapi bolehkah saya tahu saiak yang ditulis oleh A. Samad Said adalah bila??
saye suke gilerr…ngan sajak A samad said…..bleh jdikan panduan hdup…insafkan diri bila terasa ego di hati
idolaku..sungguh indh bahasanya..
Reblogged this on My Blog.