Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.
Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.
Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?
Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka
epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.
S.OTHMAN KELANTAN
UPM, Serdang.
assalamualaikm, boleh saya tanya, s othman kelantan ni masih hidup lagi ke?
Saya tidak pernah “tersua” karya puisi/sajak S.O.K sepanjang 30tahun terbabit dalam pengkaryaan/penelitian puisi.lnilah kali pertama lantaran beliau terserlah jelas dalam novel dan cerpen. JMN(adalah nama samaran). Pertanyaan sdr SALAM di atas: SOK telah selamat dikebumikan pada 31 Julai 2008; jikalau tidak silap..sebaik-baik kapal terbang saya mendarat di KLIA jam 1.30-1.45 ptg 31 Julai lalu sekembalinya saya bercuti di Malaysia setelah berkhidmat di luar negara.Alfatiha..semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.
inna lillahi wa inna ilahi raji’uun. Moga Allah menempatkan roh beliau di kalangan hamba-hamba-Nya yang baik.