Setiap halaman hubungan menjadi taman rama-rama
kerana telah lama membaca kitab akrab bersama;
di dalam bab beza, susun diksi aksara pandangan –
antara gerobok pengalaman dan almari usia
antara muram kecewa dan ledak ketawa
sering mentafsir manuskrip khuatir
di atas helai-helai kertas perjuangan, atau
di sisi renda-renda pentas yang sama – meski –
telah lama membaca kitab akrab bersama
kita saling belum mengerti, sejujurnya.
WB Rendra
Johor Bahru
salam penyair
mohon lalu
sejujurnya
memangpun puisi kadang sukar dimegerti
namun tetap dibaca demi kepuasan…