Puisi Aku Mengejar Bayang

AKU MENGEJAR BAYANG

Ketika melihat gambar kenangan
terimbas kenangan semalam
ketika berjuang meletakkan diri
sama taraf dan kedudukan bersama para
pejuang
yang aku belum kecapi.

Bayaran kepada perjuangan ini
tidak tertebus dengan panggilan suara
memanggil dalam minit-minit waktu
bayaran wang belum tertunai
aku asyik mengejar bayang.

Aku lemas dalam tipu daya nafsu
mencari pemuas yang belum tentu
yang dipagari bahan-bahan teknologi
menyelongkar lubuk hati yang haus.

Masihkah ada ubatnya
tubuh ini sudah gersang
mencari cahaya dan kemanisan
jauh menusuk nafas keinsafan
di sebalik diri yang menunduk mencari cahaya.

Terdampar di wilayah asing
diranduk rasa rindu
ditegah oleh kuasa pemutus
terpaksa mematuhi surat pekeliling
itulah bayang yang dipaksa dihadapi.

Suatu ketika itu
hati ini mahu mencabar kuasa itu
akan tetapi hanya hati yang keras
memaksa diri melakukan itu dan ini
duduklah diri mengejar bayang yang belum
pasti.

Norhaidi Mohd Nordin
Kuaters Guru
SJKC Telemong, Karak

3 Responses to Puisi Aku Mengejar Bayang

  1. Dhamah Syifflah berkata:

    Cahaya menyuluh di tanah gersang…

    Pekat malam diselubungi cahaya…
    Terang cahaya menyuluh tanah gersang…
    Melontar kelam mengigit jiwa…
    Melunturkan debu penuh usang…
    Membibitkan bunga cinta hampir menghilang…

    Cahaya biuskan pancaran dalam jiwa…
    Tunaskan saktiMu tepat kesasaran…
    Benamkan riak terus menghilang…
    Agar cinta kian datang…
    Supaya Kau tampak dalam terang…

    Dilorong kegelapan tiada teman…
    Hanya secebis cahaya disuluhkan…
    Menyusur laju mengikut arahnya…
    Apakan daya langkah terhenti dipertengahan…
    Menggigil lutut takut sesat salah haluan…

    Cahaya tidak aku menduga…
    Didalam pencarian mengejarmu…
    Semakin aku hampiri semakin jauh…
    Disebalik cahaya tersirat jawapan…
    Sesungguhnya hanya Kau sahaja mengetahui…

    Mungkinkahkan berakhir perjalanan Makrifat…
    Atau baru permulaan langkah menuju Hakikat…
    Supaya aku mengerti kata-katamu yang tersirat…
    Agar aku mengerti akan maksudnya yang tersirat…
    Adakah aku mengerti atau berpura lalu tersepit…

  2. Mimi Fakhira berkata:

    Jangan kau takuti,
    Jalan kehidupan ini,
    Yang dipenuhi dengan duri yang mencalar jiwamu, mencakar maruahmu,
    Kau harus teruskan,
    Jangan kau tinggalkan,
    Iman titianmu ke alam sana,
    Doa pelangimu yang menghiasi dunia,
    Usahalah kau, kecapi syurga,
    Lepaskan rindumu ke awan cinta…

  3. anis berkata:

    hidup ini penjara!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: