Aku Tak Ingin Menyimpang – Ria Darwina

Ya tuhanku
aku memohon keredhaanmu
setiap hari ada yang mengajak aku menyimpang
walaupun ianya setitik haluan kehinaan
aku tak ingin menyimpang
aku takut kemurkaanmu
aku takut azabmu
kejahatan dan maksiat
selalu saja nak menghadang laluanku
syaitan dan iblis selalu ada-ada saja tipu daya mereka
membisik ke dalam dada-dadaku
ya tuhan bimbinglah aku
bimbinglah aku kejalan yang lurus
kerna aku tak ingin menyimpang
dari apa yang menjadi laranganmu…

~Ria Darwina~

One Response to Aku Tak Ingin Menyimpang – Ria Darwina

  1. Ria Darwina berkata:

    Dia dan apneanya

    Kasihan aku akan dia
    letihnya amat ketara sekali
    menguapnya mengantuk sentiasa
    akibat apnea yang dialaminya
    beberapa tahun ketika
    nafas dan dengkuran tak sama rata
    dalam dengkuran amat kuat
    tertiba terhenti nafasnya
    diam seketika
    sunyi menyelubungi sesaat waktu
    sebelum dengkuran mulai menyambung
    besuk bangunnya
    disambut tekanan darah amat tinggi
    tidur malamnya bersama apnea
    bersama tubuh obesnya
    abang bangun
    abang bangun
    sekujur tubuh diam kaku
    irama dengkuran tiada lagi
    apnea dah meratah tubuhnya
    akhirnya dia tak bernyawa lagi…

    ~Ria Darwina~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: