Pantun Kasih Klasik

Pokok Ru memagari Tanjung
Mudik payang di air tenang
Tambah sayu ingatkan untung
Ke mana sayang merajuk hilang

Gua hodoh milik garuda
Tempat sembunyi puteri tawanan
Jika jodoh tidak ke mana
Asalkan hati berubah jangan

Ada telaga di puncak gunung
Jumlah tujuh letak setentang
Mengapa leka duduk termenung
Orang jauh bilakan pulang

Ada telaga di celahan batu
Sentuh panas dalamnya segalah
Tiada jumpa barang semusim
Duduk rimas berdiri salah

Air terjun di celahan batu
Udara nyaman petang dan pagi
Kasih terkumpul di sudut kalbu
Berpisah jangan sampai ke mati

Ada perigi di pantai Jengka
Padi berkunca menjadi abu
Pulau Langkawi laut tenang
Tuan pergi janganlah lama
Tidak daya menanggung rindu
Siang malam rasa terbayang

Pucuk pauh dari Palembang
Buah langsat lebat di hulu
Duduk jauh berasa bimbang
Sudah dekat berasa malu.

Asal dayang dari Jawa
Berkhidmat untuk Sultan Melaka
Bila cinta hadir di jiwa
Segala nampak indah belaka

Cahaya rembulan di malam kelam
Bintang bersinar tampak serinya
Rasa resah hati pun suram
Menahan lara rindu padanya

——————————————


Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.

Buat Duit Dengan Email
RM5.00 Setiap Kali Rakan Anda Join

Daftar percuma di sini

3 Respons bagi “Pantun Kasih Klasik”

  1. delima Berkata:

    pantun mmg indah.. makin d kaji makin ku mengerti.. teruskan

  2. chentakaputeh Berkata:

    biarlah berlinag si air mata
    mohon berkasih izin bermesra
    sekian lama sudah berkasih
    perasaan hati kini melara

  3. chentakaputeh Berkata:

    anak dara mandi di pancur
    sayur bayam sayang sesikat
    rindu pagi dapat dihibur
    rindu malam teringat-ingat

Tinggalkan jawapan