Seloka Menjelang Pilihanraya

Ajaib sungguh pilihan raya
di mana-mana orang bercerita
di warung di pejabat sama sahaja
di kampung di bandar demikian juga.

Ada yang asyik memasang angan-angan
moga datanglah tuahnya badan
diangkat sebagai calon pilihan
merebut kerusi yang jadi kegilaan
bolehlah kerabat pelbagai jawatan
tak lagi susah nak cari makan
awas, jangan sambar yang bukan kepunyaan
kalau terdakwa lari handai taulan
tiada sesiapa hendak pertahankan.

Kaum marhaen pun berangan sama
mahukan subsidi dan bantuan selamanya
kebun dan bendang hasilnya berganda
gaji dan elaun ditambahkan pula
harga barang dijamin rendah sahaja.Ajaibnya memang pilihan raya
medan manusia mengatur agenda
benar tidaknya sering tertunda
emosi terpancing menyesal tak guna
oleh itu baiklah berwaspada
pintar mengenal kaca dan permata
demi kebahagiaan anak cucu kita!

MOHD KASIM MAHMUD
PPJ Kota Tinggi.

One Response to Seloka Menjelang Pilihanraya

  1. ct berkata:

    Assalamualaikum…

    Saya begitu minat dgn seloka tuan, oleh itu mohon saya menyalinnya dan saya antar kat bincang.net. Nama tuan saya letakan sama… terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: