Cinta Terhalang ~ Anna Abadi

~buat mereka yg mengerti~

Di suatu hari yang indah
kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Nukilan hati:
Anna Abadi®

12 Responses to Cinta Terhalang ~ Anna Abadi

  1. molldanny berkata:

    Saya berminat dengan nukilan ciptaan Anna Abadi kerana jalan cerita puisi ini seakan-akan sama dengan jalan cerita saya.

    Saya ingin mengenali lebih dekat Anna Abadi, diharap jika tidak keberatan dapat menghubungi saya di email molldanny@yahoo.com.

    Saya juga ada mengambil puisi Anna Abadi ini & dipaparkan di dalam blog saya.

    Terima Kasih.

  2. joemie berkata:

    cinta yg terhalang,blaku trhadap diriku….joemie7887

  3. Kharlin NP berkata:

    hiks….puisinya…kisah ku banget..berbagai cara “mereka”lakukan untuk pisahkan aq dan dy….
    pi qt tetep smangat….

  4. Aditya indra berkata:

    trimakasih aq lg btuh puisi yg kaya’ gni, puisi.a nyentuh bgt,
    crita.a seperti jalan hidupku,
    mmg sakit mmg,
    tp kami tak.kan menyerah !

  5. Adi chriswantoro berkata:

    puisi_a sngat mnggmbarkan kisah cinta q……
    memang sedih jika cinta kita mempunyai banyak halangan trmasuk kluarga…!!!

  6. Ranni Rukmini berkata:

    alhamdulilah aku banyak temennya disini,,,,,tetap semangat, dan buktikan bahwa kita bisa

  7. Ros berkata:

    Nukilan Anna Abadi sama dgn kisah hidupku.Kami telah rancang untuk berkahwin.Tapi cinta kami dihalang oleh keluarga.Sayangnya, aku menyerah kalah dan telah memilih jln yang bagiku adalah kurang tepat.kini aku telah berkahwin dengan pilihan keluargaku.Hidupku dah tk seindah dulu lagi.Semakin hari semakin kuat ingatan aku pada bekas kekasihku.Jiwaku semakin terseksa.Aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH tabahkan hatiku serta memberi aku petunjuk dan hidayahNya.

  8. Sitha berkata:

    Puisix nyentuh bngt,mirip kshq,smg restu i2 sgr mnghmpiri kami

  9. dian aprianti berkata:

    like it . sama bgd ma kisah w .. sakit bgd tapi kita g blh nyerahh .. kita harus pertahanin smpai kita dpt restu dr org tua .. aminn …

  10. keykey berkata:

    dear ana..

    ur poem it just like my real life..
    kami mungkin dipisahkan
    kami mungkin berjauhan
    tapi kami tetap dekat di hati

  11. rendra berkata:

    cinta sejati emang kadang tak harus memiliki dia idup di kenangan kita …

  12. syikin berkata:

    anna..kisah puisi ini sama seperti kisah aku ngn dia..cinta kami terhalang disebabkan keluarga…hari-hari aku menangis and buntu x tau mcm mana nak settlekan..aku sgt dahagakan restu dari family aku….perit n sedih hari2 tapi cinta kami semakin kuat dek kerana kami x pernah putus asa..apa yg kami mohon skrg adalah agar kami dpt juga bersatu seperti pasangan2 lain…amin…hope so..

Tinggalkan komen