Pantun Peribahasa

Berakit-rakit kehulu
   Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
   Bersenang-senang kemudian

Kehulu memotong pagar
    Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
    Jangan jadi sesal kemudian

Kerat kerat kayu diladang
    Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
    Barat lagi bahu memikul

Harapkan untung menggamit
    Kain dibadan didedahkan
Harapkan guruh dilangit
   Air tempayan dicurahkan

Pohon pepaya didalam semak
   Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
   Kawan menangis diharap jangan

19 Responses to Pantun Peribahasa

  1. Amry Bin Amudi berkata:

    Website ni penuh dengan pantun yg saya minati. Harap dapat di teruskan pantun ini supaya tak hilang di dunia tak lekang di panas. Jika berkelapangan lawatilah blog saya.

  2. zulkifli b ab halim berkata:

    sebarang pantun atau tekateki boleh hantar pada saya kerana saya amat meminati semua jenis pantun peribhasa atau apa pun

  3. nabila berkata:

    korang tau tak tentang keistimewaan pantun…

  4. mtmuar berkata:

    tolong beri saya pantun nak rasmikan majlis

  5. farizul helmi berkata:

    terang subuh cahaya suria,
    murai serindit berkicau riang,
    orang jauh merai acara,
    bagai pipit disisi enggang.

    andaman putih bunga hiasan,
    biru jahitan kelarai sutera,
    sulaman kasih kami berikan,
    jasamu tuan dibalas yg Esa.

    • faiz berkata:

      apadelah ko ni.pandai sangat tak tinggalkan jawapan

    • Jamily berkata:

      Orang Makasar suka bergadang
      Angkat guni berasnya lumat
      Orang besar datang bertandang
      Dikerumuni orang tanda hurmat

      Pokok semalu dipijak orang
      Bagi pemadat tidak terasa
      Kenang selalu jasa orang
      Begitulah adat orang berbangsa

      inilah agak-agak jawapannya ya….cuba je ni

  6. Byam Teng berkata:

    Ikan berenang ke dalam lubuk,
    Ikan belida dadanya panjang.
    Adat pinang pulang ke tampuk,
    Adat sireh pulang ke gagang.

    Pengawal istana memegang tombak,
    Puteri raja duduk berinai.
    Kalau takut dilambung ombak,
    Jangan berumah di tepi pantai.

    Saya amat meminati ruangan pantun ini. Pantun bukan saja seni warisan bangsa, tapi ia juga seni bahasa yang sungguh unik dan indah. Perbanyakkan pantun pantun klasik untuk tatapan anak muda kita.

  7. famous berkata:

    bnyk pengetahuan yg ble didapati
    ble ditiru utk membuat kerja seklah

  8. dzarifah berkata:

    ribuan terima kasih atas inisiatif kalian membuka ruangan pantun ini. ia banyak memberi panduan,pengajaran,contoh,membantu saya dalam tugasan dengan lenggok bahasa yang indah dan maksud yang mendalam.semoga menjadi pengajaran dan khazanah alam Melayu.cintailah warisan budaya kita.syabas.cermin diri,hiasi peribadi

  9. norainmuni hamid berkata:

    best sangat pantun yang dikemukakan…amat puitis…teruskan usaha untuk mengekalkan amalan adat budaya bangsa nenek moyang kita dulu-dulu….

  10. amelia berkata:

    pantun bagus

  11. Halawatul Iman berkata:

    slm,,,,,
    tolong berikn saya pntun untuk mulakn bahas,,,,saya sebagai pembngkang yg ke tiga….

  12. fachrul habib berkata:

    terima ksih peribahasa nya

Tinggalkan komen