Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan
Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang
Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati
Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Tuan Puteri membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari
—————————————————————————————–
——————————————————————————————

Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.

Rahsia Senang Hamil. Nak tau, sila klik sini.

















Julai 4, 2007 at 10:03 am |
please put some pantun about water (AIR)
Ogos 1, 2007 at 9:44 am |
anak didik terbang melayang
himgap sebentar di pohon jati
dari mana datangnya sayang
dari mata turun kehati.
anak itik berenang
adk cantik abang sayang
September 3, 2007 at 4:23 pm |
dari mana datangnya lintah,
dari sawah turun ke kaki,
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati
November 9, 2007 at 3:19 pm |
daik daik berbunga lalang
daun sena tegak berdiri
baik-baik pantun di karang
kelak terkena hidung sendiri
November 24, 2007 at 11:17 am |
wahai2 anak nkal nanti budi baik tidak di balas
Januari 23, 2008 at 9:58 pm |
Bunga anggerik hiasan taman,
ingin disunting teruna idaman,
banyak membaca tambah pengetahuan,
untuk bekalan hari kemudian.
Februari 16, 2008 at 7:22 pm |
Kalau tuan ka kota singa
Mari makan d kedai Pariaman
Kita hidup sekali sahaja
Penuhkan masa dgn buat amalan
Mac 30, 2008 at 2:45 pm |
bunga matahari disirami air,
sambil dilihat mgunakan kanta,
hargailah penggunaan air,
krna ia sumber nadi kita….
just for“ priyadarshini”
April 20, 2008 at 11:33 am |
gunung daik di tepi pantai.
bagilahaku bantai
Mei 19, 2008 at 10:59 pm |
Tanam selasih di tengah padang,
Sudah bertangkai diurung semut,
Kita kasih orang tak sayang,
Halai-balai tempurung hanyut.
Mei 19, 2008 at 11:01 pm |
Singapura negeri baharu,
Tuan Raffles menjadi faja,
Bunga melur, cempaka biru,
Kembang sekuntum di mulut naga
Mei 19, 2008 at 11:03 pm |
Angkutan kota berwarna-warni,
Penuh sesak di dalam kota,
Menyeberang harus hati-hati,
Jika tidak celakalah kita.
Jun 6, 2008 at 12:35 am |
blh x awk cipta pantun tentang isu minyak…..
Jun 11, 2008 at 3:27 pm |
Burung tempua di sana sini
Terbang tinggi arah kiri
Sungguh bangga hati ini
Pantun di baca setiap diri
Jun 20, 2008 at 8:35 pm |
kuda belang badan berbelang,
cinta disimpan di dalam hati,
jasamu ibu teteap kukenang,
hingga akhirat tetap diingati.
budak darjah 5 yg buat,akulah tu…
Julai 8, 2008 at 4:25 pm |
(SAYA SUKA PANTUN BUDI)
Julai 8, 2008 at 4:27 pm |
DUNIA KU……………. INI….
SummermenS
THE TAILOR BOUTIQUE
Julai 23, 2008 at 8:33 am |
Pergi ke kota mencari sayur
Singgah dulu di surau kampong
Budi dikenang nama tersuhur
Basah mulut sentiasa disanjung
September 3, 2008 at 8:46 am |
bagi la pantun yang bes2 sikit ni tak bes
September 3, 2008 at 8:52 am |
kura-kura dalam perahu
pura-pura tak tahu
Oktober 31, 2008 at 4:13 pm |
nak cuba2 ni..
makanan burung padi di dapur,
padi ada di dalam dulang;
jangan diungkit budi ditabur,
baik tiada, fitnah diundang
Disember 1, 2008 at 12:55 pm |
Hehehe…best pantun nie……tq ek….
Disember 25, 2008 at 9:08 pm |
Ambil gergaji tebang pokok kapas
Batang selasih condong ke lubuk
Tunang orang jangan dirampas
Nanti tuan kena penumbuk.
Februari 12, 2009 at 10:22 pm |
Tanam halia dengan berangan
Bunga hiasan di tepi laman
Budi mulia ditinggal jangan
Jadi warisan zaman berzaman
Februari 12, 2009 at 10:32 pm |
Kain kasa dari pengkalan
Kain didagang dibuat jualan
Penuhkan masa dengan amalan
Amal solleh dibuat bekalan..
Februari 12, 2009 at 10:44 pm |
Jual cuka ditepi kota
Bunga kekwa hiasan suri
Hati terluka kerana cinta
Lara kubawa seeorang diri
Februari 25, 2009 at 10:15 pm |
THX FOR THATS ALL!ITS VERY HELPFUL TO ME!THX U ALL GUYS!
Februari 26, 2009 at 2:38 pm |
bawa sampan ke pekan seberang,
sampan karam di tengah sungai,
tuan-tuan jangan cakap sebarang,
nanti gua sumpah jd burung murai
Mac 7, 2009 at 2:09 pm |
wah!! best nye pantun nie!
Mac 7, 2009 at 2:10 pm |
best apew
Mac 13, 2009 at 9:49 pm |
bagus ar pantun nie..ajar leh???(^_^)
Mac 14, 2009 at 1:12 pm |
bunga mawar harum mewangi
lalu dipetik anak juragan
hidup mesti sentiasa berbudi
bercakap bohong sekali jangan
Mac 19, 2009 at 9:18 pm |
pantun budi bahasa de tk?
April 6, 2009 at 8:55 pm |
terbang melayang burung kedidi
terbang mari arah ke barat
pantun melayu kehalusan budi
menyampai makna penuh tersirat
April 14, 2009 at 8:38 pm |
Adik ke kedai membeli halia,
Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Baik hati berbudi bahasa.
April 21, 2009 at 4:09 pm |
hi
Mei 19, 2009 at 1:39 pm |
izinkan saya copy paste pantun budi ni. terima kasih.
Mei 28, 2009 at 8:35 am |
Terima kasih kerana pantun yang enak di dengar, sedap dibaca….Moga Allah beri ilmu lagi…
Jun 11, 2009 at 6:53 pm |
tidak lengkap
banyak yang tiada…..
kalau boleh letak la maknenya sekali
sekian
Jun 24, 2009 at 9:23 pm |
cik aminah datang meminang,
datang meminang anak cik baba,
jasa guru tetap ku kenang,
sehingga ajalku tiba.
sekian terima kasih.
Julai 15, 2009 at 3:30 pm |
terima kasih banyak-banyak kepada orang yang
membuat semua pantun-pantun ni.
saya berasa sungguh berpuas hati…
kerana selama ini saya cari selalu tidak dapat..
(geram betul saya)
TERIMA KASIH
BANYAK-BANYAK
Oktober 5, 2009 at 3:19 pm |
bekal dibawa berupa peranan,
buat umpan si ikan haruan;
wahai adikku dengar lah pesanan,
nasihat ini jadikan panduan.
Ogos 18, 2009 at 7:54 pm |
Pantun Budi empat kerat ciptaan saya
;
Bermain-main di taman bunga,
taman bunga di hulu kuala,
orang lain berbudi hanya di depan mata,
tapi kita berbudi, biarlah di merata.
Di Miri,
Samad membeli beras,
dalam berbudi,
kita perlulah ikhlas.
Bunga matahari bunga raya,
Bila berbudi kita mestilah berbahasa..
September 16, 2009 at 3:52 pm |
yang kundik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang cantik itu budi,
yang indah itu bahasa…….
Oktober 5, 2009 at 4:16 pm |
Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari
Oktober 5, 2009 at 4:17 pm |
bagus
Oktober 6, 2009 at 12:05 pm
boleh lah
Oktober 21, 2009 at 12:02 am |
BAGUSSSS…………
Oktober 23, 2009 at 2:11 pm |
Emm bagi remaja zaman sekarng menghyati kan bagus. Kalau orag tua ckp ikut mulut pun, blum tentu nk dngar.
November 5, 2009 at 10:14 am |
Anak puyu sianak sembilang,
Dalam balang renang berteman,
Pantun melayu pusaka terbilang,
takkan hilang zaman berzaman
p/s: pantun yg berakhir dgn a,a,a,a atau i,i,i,i bukan dinamakan pantun tetapi ia adalah puisis…Rima pantun adalah a,b,a,b….
Blog yg bagus….tahniah…
November 9, 2009 at 5:04 pm |
pi kulim beli mas
mai sini jangan wt kemas
November 10, 2009 at 8:28 pm |
INILAH DUNIA KU