Pantun Berkias

Anak tiung atas rambutan
Berbunyi bertongkat paruh
Berhenti kapal di lautan
Tiba angin berlayar jauh

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Kampung Tengah kotanya landai
Permatang guntung ketinggian
Jangan lengah janjikan sampai
Untung-untung berkejadian

21 Responses to Pantun Berkias

  1. manira berkata:

    chao praya anak bubunya,
    ingin jelajah kota melaka,
    dalam cebu berisi bunga,
    bunga berendam si air mata

    • M.Jamil Yunos berkata:

      Badak berendam sambil melata
      Kayu kering di puput bayu
      Biar berendam si airmata
      Airnya kering bunga tak layu

  2. Gunung Jati berkata:

    Tanah Rata cantik balainya,
    Di Bentong tamu barsanggul kenanga;
    Airmata tinggi nilainya,
    Untonglah dirimu wahai sibunga

    • M.Jamil Yunos berkata:

      Tumbuh melata mawar berduri
      Bunga kenanga juga melati
      Si airmata rahsia naluri
      Untuk sibunga pujaan hati

  3. fenny berkata:

    d tepi kali saya menyinggah
    menghilang penat menahan jerat
    orang tua jangan di sanggah
    agar selamat di dunia akhirat

  4. mean berkata:

    terbang kedidi tercanta selasih,
    terbang bersama ke pohon bidar,
    hidup duniawi wali di kasih,
    terabai mengapa tatkala berpunya?

  5. mean berkata:

    terbang kedidi tercantas selasih,
    terbang bersama ke pohon bidara,
    hidup duniawi wali di kasih,
    terabai mengapa tatkala berpunya?

  6. ismail berkata:

    terbang kedidi ke pohon bidara,
    sambil meninjau teman sepermainan,
    terabai kasih bukan sesiapa angkara,
    hidup tidak bertuankan iman.

    • jam berkata:

      Daun selasih daun sadri
      Kenapa tidak daun penggaga
      Terabai kasih salah sendiri
      Kerana tidak cermat menjaga

    • mean berkata:

      terbang sekawan burung nuri,
      rehat bersama di pohon seroja,
      andai iman di jadi paksi,
      sirna mengapa di laman saujana?

    • mean berkata:

      pasang lukah di sungai tala,
      tempat bersapa sianak abrar,
      kasih sudah cermat di jaga,
      putus mengapa dek pedang tengkar?

      • faridah Ibrahim berkata:

        Puteri Nur Kasih memakai mahkota,
        Mahkota bertahta batu kikir;
        Putus kasih kerana sengketa,
        Dek kerana cinta sudah berakhir.

  7. Jauhari berkata:

    Salam.Saya terima kasih banyak2 kepada tuan yg menulis pantun2.Saya berdoa semoga boleh tulis pantun2 berpanjagan.Waslm.JAUHARI.

  8. idzuan malaysia berkata:

    masuk ke hutan menaiki motosikal,
    motosikal berkuasa 750 cc,.
    kalau tuan tersangat lah handal,
    berapa kampet simen nak bina klcc?

    • Atoqjay berkata:

      Kenali Yasmin dik filem Sepet
      Lagu berjudul Irama Widuri
      Depa tak bina KLCC guna kampet
      Jepun & Korea tuang simen guna lori

  9. faridah Ibrahim berkata:

    Wahai sahabat mahu ke mana,
    Sesat berjalan hendaklah bertanya;
    Andai adat menjadi sirna,
    Apakah hilang Melayu di dunia?

    • megat shazrin berkata:

      Melaka unggul pahlawan berlima,
      Angkara khianat laku aniaya,
      Pegang utuh amanat panglima,
      Takkan melayu hilang di dunia.

  10. adryana berkata:

    kita mesti setia dan taat
    tak kira bangsa ataupun agama
    kita harus hidup bermuafakat
    kita mesti hidup bermuafakat

Tinggalkan komen