Pantun Perpisahan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai

Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Rujukan:

Persuratan Melayu 2
Pantun Melayu Sastera Rakyat
Pantun Serbaneka
Pantun Adat dan Resam Manusia
Kumpulan Pantun Melayu, DBP 1983

——————————————————————————————

Rahsia Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Cinta
Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Kuruskan Badan
Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Tarikh Lahir
Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.

Petua Dapat Anak
Rahsia Senang Hamil. Nak tau, sila klik sini.

38 Respons bagi “Pantun Perpisahan”

  1. putera Berkata:

    koleksi pantun yg baik

  2. nisa Berkata:

    hati gembira bersama teman
    bersuka ria di bawah jambatan
    jikalau kita diizinkan Tuhan
    pasti bertemu dihari kemudian

  3. jamal Berkata:

    Deritanya kerja di Celcom
    Faedah tak seberapa
    Boss jenis sombong dan ego
    Mintak transfer susah nak dapat

  4. siti balqis Berkata:

    pantun yang sungguh mengusik kalbu..

  5. syazwan Berkata:

    urm,boleh d gunakan dalam karangan…n senang nak dapat karangan A..

  6. martias Berkata:

    nggg boleh tidak dibuat lagi pantunnya? kalo bisa diperbanyak! tq

  7. arelynn Berkata:

    ermmm…no komen!

  8. AZRI ZAINI Berkata:

    pantun menggambarkan martabat sesebuah bangsa

  9. pak joe Berkata:

    satu hasil pantun harus asli……

  10. pak joe Berkata:

    niat dihati ingin berniaga,
    namun tiada pula tapaknya,
    pantun melayu harus dijaga,
    agar bangsa tak hilang didunia.

  11. azam Berkata:

    Anak keling pergi Ampangan,
    Pergi berjumpa anak melayu,
    Sungguh pun dikau jauh di perantauan,
    Hatiku masih tetap padamu..

  12. aten Berkata:

    buah manggis,
    buah pala,
    jangan nangis,
    puan pengetua…….

    -selamat bersara cikgue ku yg tersayang..
    -kirimkn lg pantun yg menarik….

  13. aten Berkata:

    cinta diukir di dalam hati,
    takdir terpisah di tengah jalan,
    masih merindu di dalam hati,
    seribu tahun tak kan menghilang……

  14. muhd.hafizzuddin Berkata:

    memang tepat pada masa,saya dah buntu cari idea.terima kasih

  15. osman Berkata:

    Tahniah dengan usaha murni anda….

  16. zarina Berkata:

    tersenyum . membaca pantun tuan/puan adik/kakak/abang

    setuju dengan kata pak joe:

    niat dihati ingin berniaga,
    namun tiada pula tapaknya,
    pantun melayu harus dijaga,
    agar bangsa tak hilang didunia.

    sebagia selingan ok.. tapi kalau dah smuanya ROJAK sakit dibuatnya..
    dah lama sangat nak berpantun….

  17. naimjalil Berkata:

    another classic, tapi tak ingat mana sumbernya:

    Hendak gugur gugurlah nangka
    usah menimpa si dahan pauh
    hendak tidur tidurlah mata
    usah dikenang orang yang jauh

    I was looking for the full pantun for;

    biduk lalu kiambang bertaut

  18. naimjalil Berkata:

    kiri jalan kanan pun jalan
    di tengah-tengah, pohon mengkudu
    kirim jangan pesan pun jangan
    samalah sama menanggung rindu

    ~ dalam lagu Sudirman Hj Arshad, Jali-Jali

  19. Norhisham Berkata:

    Inang-inang padi pak daik
    bunga padi tak sama bentuknya
    sungguh dikenang budi yang baik
    takkan dilupa selama-lamanya…

  20. intan Berkata:

    hi…this entry(pantun perpisahan) really help me..thanks for the pantun.

  21. HAKIMI Berkata:

    TAK LAMA LAGI CIKGU SAYA AKAN TINGAL KAN KITA

  22. MAJAPAHIT Berkata:

    Hujan emas d negri sbrang,
    hujan batu d tmpt sekarang,
    sayur bayam enak d makan,
    pantun ini ku hantam-hantam..

    hahaha enjoy smua

  23. balqes Berkata:

    kalau menebang..kalau menebang.. bapak lah lalang.. papan di jawa aduhai sayang,, papan dijawa d belah-belah..

  24. dio Berkata:

    yang berpisah jangan sedih ya. mungkin karena pindah rumah
    temennya jangan diinget nanti terjadi apa-apa lho
    sama ngelamun yang tak ada gunanya

  25. icha.di.sinni.. Berkata:

    mengappa.kitta.bertemuu..??
    jikka.kitta.akan.di.pissah.kan.!!
    tug.selamanyaa..
    akku.seddih.berpissah.dengann.muw…
    tpy.akuw.tag.bissa.ber.buat.appa.appa…

  26. irfan Berkata:

    bagus

  27. cikgu zai Berkata:

    Salam, saya perlukan tajuk lagu pantun ini untuk tesis! Dinyanyikan oleh Nordin Ahmad dalam citer aper yer?

  28. yana Berkata:

    saya erlukan pantun untuk pembukaan majlis dan penutup majlis

  29. dewi Berkata:

    tolong tambah pantun yg lain coz pantun-pantun selalu kita dengar buku dan majalah2 yg ada…..HARAP MAKLUM YA.PEAS NO MORE

  30. dewi Berkata:

    SAYA NAK SEMUA PMBACA PANTUN2 NIE JGN MRH KAT SY.SY CUMA BERI KOMEN APA YG SAYA TAU.SORRY KLAU ADA YG T’SINGGUNG.

  31. Mrs_LaP0K Berkata:

    huhu..best2..ti aku lak anta my pantun..
    korunk layan lak my pantuns okies..
    waakakkakka

  32. tanjungpinang Berkata:

    pantun yang elok

  33. am Berkata:

    oWh

    sgh mgsankan.

  34. ojolali Berkata:

    Tawa laksamana penahan syahdu
    Benih selasih tumbuh tak tentu
    Jiwa merana menahan rindu
    Menagih kasih orang tak tahu

  35. rey Berkata:

    Mengapa orang bisa terbiasa debgan sesuatu hal yang membosankan…

    • yulia Berkata:

      REY kamu bingung dng kehiduan ini.kenapa orang dapat hidup dngn hal yg tdk terbiasa.sama aku juga bingung.tapi kalau kita belajar insa allah
      sesustu yg sangat membosankan akan menjadi sangat menyenangkan.bukankah hehidupan itu penuh dgn parjuangan yang keras.

  36. yulia Berkata:

    SALAH NAMA
    SALAH ORANG
    SALAH CINTA
    KARNA KEBANYAKAN YANG SERONG

  37. Helena Berkata:

    …☻☻☺….

Tinggalkan jawapan