Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang
First time dengar puisi nie kat IKIM.fm, memang sedih.. tapi sekarang nie, maybe dah tak dimainkan lagi dalam stesyen radio tersebut. masa tuh i dengar pun pada 2003 tak silap ler (lama tuh). Memang dalam makna puisi ini for me, i lama dah carik full version tapi tak jumpe. finally i find it, thanks a lot.. π
mengapa tiada nilai, pengajaran ?
Sila semak web ini… tq
AsSlmlaikum..
sy dgar sajak nie dlm 1 program kem penulis muda anjuran dewan bahasa & putaka 1 ketika dlu..
ianya diputarkn dlm bentuk lagu..
bgaimana sy boleh dptkn ia dlm versi lagu?
sy dah cari d you tube.. tp xjumpa..
Tema
– keperitan / kesusahan hidup seorang ayah yang cuba menyembunyikan daripada pengetahuan anaknya
Nilai β kasih sayang , hormat-menghormati , prihatin dan mengenang budi
Pengajaran
1. kita hendaklah menziarahi orang tua kita yang tinggal di tempat lain
2. kasih sayang antara ayah dengan anak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
3. anak-anak haruslah mengambil berat terhadap orang tua
1. mengisahkan anak pulang ke kampung. kepulangannya disambut mesra oleh bapanya.
2. renungan mata ayahnya jelas menggambarkan penderitaan yang dialaminya
3. ayahnya masih mampu menyembunyikan keperitan hidupnya. Keadaan itu sama seperti kata-katanya dalam surat yang meminta penyajak pulang unutk menikmati beras baru
4. penyajak dapat merasakan kepedihan yang ditanggung oleh ayahnya walaupun ayahnya cuba menyembunyikan penderitaan yang sudah sebati dalam hidupnya.
Penyajak merasa sedih melihat keadaan ayahnya yang padanya masih menderita, meskipun beliau merasakan ayahandanya sudah biasa dengan penderitaan yang sudah bersebati dengan diri dan batinnya.
Maksud setiap rangkap Dan nilai murni yang terdapat dalam puisi ini ?