Pantun Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sumber:  Lagu Gurindam Jiwa


Panduan Cari Duit Kahwin. Sila klik sini.


Panduan Memikat Jejaka. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Cinta Untuk Lelaki. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.

9 Responses to Pantun Gurindam Jiwa

  1. […] Pantun Gurindam Jiwa […]

  2. abdullah berkata:

    saya ni peminat pantun2 melayu. banyak2 pantun ada satu pantun sampai sekarang saya tidak mengerti maksudnya kepada sesiapa yang tahu harap tolong terjemahkan
    Hendak mati di hujung kuku
    Hendak berkubur di tapak tangan

    • hamba berkata:

      bagi saya pekara itu menunjukkan betapa akrabnya seseorang itu dengan seseorang yang lain.. contohnya pasangannya.. dan seboleh-boleh mereka enggan berpisah.. dan ingatan sentiasa didalam hati walau hidup dan mati

  3. […] Desember 3, 2009 · Disimpan dalam Uncategorized Pantun Gurindam Jiwa […]

  4. mean berkata:

    tengah hamparan duduk bertamu,
    bersama dara bergurau senda,
    kalau tuan mati ibu,
    biar saya mati bapa,

    • Jamily berkata:

      Daun pandan tidak berdahan
      Encik Jamal menghiris daunnya
      Hidup dan mati urusan tuhan
      Buatlah amal sebelum masanya

      • mean berkata:

        tenun pelikat di tepi laman’
        tampak merbah di pohon sena,
        dunia akhirat arifnya tuhan,
        urusan ibadah kerja kita’

  5. fat-off berkata:

    Hakikat tentang kebanyakkan produk pelangsingan badan di pasaran sekarang
    *Mahal (Produk A + B + C = Slim, Produk A + B= kurang Slim, Produk A sahaja = Membantu Slim)
    *Perlu maintenance (Bila berhenti, berat badan meningkat semula)
    *Menyebabkan ketidak-selesaan (Cirit-birit, muntah-muntah, ruam, lapar, masalah kulit dll)
    *Berat yang hilang adalah daripada air (Sebab itu senang naik, senang turun)
    *Produk berasaskan gel dan krim tidak dapat diserap ke lapisan yang sepatutnya untk bertindak.
    *Senaman membantu mengawal berat badan, bukan mengurangkan berat badan.
    *Berat yang hilang dengan berdiet adalah berat air + otot

    Penurunan berat yang kekal = Pembuangan lemak badan
    Tahukah anda, 1 kg lemak = 3500 kalori? Ada senamam dalam dunia ini tak yang dapat membakar 3500 kalori dalam masa yang singkat? Lemak yang berada di dalam badan anda sekarang hasil pengumpulan selama anda telah hidup. Sekali anda sudah membakar lemak ke paras yang betul, peningkatan berat badan adalah amat sukar dan untuk kembali kepada berat asal anda akan mengambil masa yang teramat lama.

    Masalahnya disini, apakah yang dapat MEMBUANG LEMAK anda (bukan air, bukan tisu otot)?
    Kami ada cara yang terbukti berkesan dengan penjelasan saintifik yang anda perlukan.

    simplemethodsfantasticresults.webs.com

  6. […] Pantun Gurindam Jiwa […]

Tinggalkan komen