Telah Setengah Abad Aku Menjalin Warna – Naapie Mat

Ogos 21, 2009

Telah setengah abad aku bertatih dan berjalan
menyeberangi sempadan sejarah usia
telah setengah abad aku menyusun kembara
merentasi sempadan dan liku-liku sejarah hayat.

Aku telah mengenali budi manusia
yang memburu pelangi hidup di muara munajat
yang menampi debu hidup di kota metropolitan
yang menjalin bilah-bilah rona di pedalaman
segalanya berwarna-warni
bagaikan seorang mualim
yang menyaring warna dosa
dan dosa pahala.

NAAPIE MAT
Alor Gajah, Melaka.