Zaujati

Oktober 3, 2010

Zaujati,
Hamba kepada Tuhanku dan Tuhanmu ini tidak mampu melahirkan isi hatinya kepada sesama manusia
Petunjuk dan jalan daripadaNya agar terlorong adalah matlamat seribu harapan
Agar aku bisa bergelar hamba yang diredhai
Hari demi hari ku tahu bahawa aku adalah seorang hamba
Keterbatasan ilmuku umpama sisa yang tinggal dijari pabila dicelupkn kedalam air lautan
Tiada dapat dibandingkan dengan ilmuNya yang Maha Mengetahui

Zaujati,
Usahlah kau bersedih kerna insan yang hina dina ini
Aku jua sepertimu dan seperti mereka juga dan seperti yang lainnya
Yang sentiasa mengharap dan berhajat akan sesuatu daripadaNya
Tiada apa yang dapatku berikan padamu melainkan sedikit
Tuhanmu Yang Maha Pengasih tidak sesekali mengecewakan kita
Pohonlah apa yang kau mahu padanya agar mendapat kebahagian dunia dan akhirat

Zaujati,
Ku mengerti ku fahami apa yang kau rasa
Ku harap masih ada ruang bagi kita saling berbicara
Bicara hati bicara jiwa bicara apa sahaja
Tiada hijab tiada tabir tiada apa-apa
Yang menjadikan bicara kita itu sebagai suatu rahsia

Zaujati,
Kau zaujahku kaulah sahabatku kaulah penemanku disyurga
Kau dan aku mencari dlm seribu akan satu jalan
Jalan terang yang sampai ke penghujungnya
Bertemu Kekasih yang sedang menanti kita di sana
InsyaAllah akanku pimpin tanganmu bersama²
Tidak sesekaliku lupa segala yang kau curahkan kepadaku
Pengorbananmu dahulu bukan menjadi suatu sejarah
Akanku simpan ia di sudut hatiku yang paling teristimewa

Zaujati……….
Akhir qalamku ini air mataku menitis mengalir
Tanda hatiku tidak dpt menahan apa yg kau rasa
Berat mataku memandang ku tahu berat lagi hatimu memendam
Bersabarlah…bersabarlah…bersabarlah….
Pasti ada hikmah disebalik aku lelaki dan kau wanita dan aku suami dan kau isteri…

al faqir ila rabbihi
Ibnu Nasruddin


Puisi : Sebelum Ku Pergi

Jun 8, 2010

SEBELUM KU PERGI
KU INTAI MIMPI SEMALAM
HARUM MEWANGI
MENYELINAP RINDU
SESEGAR MAWAR DINIHARI

SEBELUMKU PERGI
KUTABUR BUNGA IMPIAN
SEGENAP DERAP KENANGAN
BAUNYA MENGASYIKKAN
HIDANGAN RINDU BERTANDANG
MEMBASUH BERIBU KESEDIHAN

SEBELUMKU PERGI
KU TADAH BEKAS – BEKAS KELUKAAN
MENGUMPUL CALAR PERASAAN
DI SETIAP RUANG
MERAH PEKAT KEHITAMAN
PEDIH,DUKA KESAKITAN
BEKAL MEMORI MENDATANG

SEBELUM KU PERGI
INGINKU MILIKI SEMUA
HATI KUDUS MANJA
SEORANG INSAN
BERNAMA PEREMPUAN
AGAR SETIA SEPANJANG ZAMAN

SEBELUM KU PERGI
HARAP DAPAT KUHIRUP
PEMBERIAN KEMAAFAN
PENAMAT SALAM
MELABUH TIRAI
SATU PERHUBUNGAN

SEBELUMKU PERGI
INGINKU TERUS MENYAYANGI

SETELAH KU PERGI
ABADIMU SENTIASA DI HATI

NUKILAN:
MOKTHA
26.05.2010
Email: Mokhtarcki@yahoo.com


Langit Percikan Warna Jiwa

Mei 2, 2010

Langit itu masih tetap sama seperti kali pertama kau ku kenali.
Langit itu tetap dengan warna berseri.
Masih tulus tatkala aku mula berani percikan warna.

Empunya Marga.
Langit masih tulus dan ikhlas merenung kembali sambil aku lukis nama kau guna jemari.
Dongeng yang dibaca menerjah minda, menari indah.
Seumpama mawar putih sudah bertukar merah.
Perlip kau menyuntik rasa bahagia.

Kenangan beku masa aku selak satu persatu.
Kau punya tempat yang cukup istimewa.
Selagi aku punya daya mendongak ke arah langit, akan ku ukir wajahmu.

Hening pagi, matahari mencuri menyelinap masuk di celahan awan.
Renung ke luar dan terbias wajah kesayangan aku.
Milik empunya yang mesra.

Menatap langit sendirian.
Kelam malam membungkus segala perasaan.
Senyap dalam dakapan.
Tertaut dek ciuman.
Kening kanan menerima kucupan.

Langit masih ikhlas.
Langit masih rupawan.
Kaki langit masih jauh untuk aku lari ke hadapan.
Busana jiwa kau pakaikan penuh hemah.
Bisikan cinta perlahan penuh lembut menyejukkan hati pilu.
Kekuatan kau salurkan hanya dengan sebaris perkataan.

Cinta tidak berupa menatap satu sama lain,tetapi memandang ke luar langit arah yang sama.
Kalau aku renung langit itu,adakah kau juga begitu?

Nama Pena: Shafaza Zara Syed
URL : http://shafaza-zara.blogspot.com/