Sedarlah Wahai Sahabatku (Bersatulah Rakyat Malaysia)

Sedarlah wahai sahabatku

Suatu waktu dahulu…kita bebas bermain…
suatu waktu dahulu kita bebas berlari…
suatu waktu dahulu kita bebas di bumi ini…

Kini…bumi ini tidak lagi seperti dahulu…
jarak usia semakin merangkak ke angka yg jauh….
kini….kita juga telah berbeza…
larian kita juga berbeza kerna kita mengejar masa…
kini …kita berbeza…kerna …jiwa kita berbeza…..
kini…kita berbeza …kerna haluan kita sudah berbeza….
kini….tanah ini….berbeza…kerna tanah ini ….bukan lagi milik kita…

Kita perlu sedar apakah wasiat nenek moyang kita..
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti….
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat anak-anak kita di hari mendatang….

Jiwa kita perlu dibajai semula…
Hati kita perlu disirami semula…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Demi agama, bangsa & negara di bumi Malaysia ….

Bersatulah kita wahai rakyat Malaysia…
Bersatulah kita wahai Melayu…
Bersatulah kita wahai insan terpelajar…
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
Bersatulah kita di bawah langit yang cerah…

Biarlah ia menjadi milik kita yang abadi hingga akhirnya….
Bersatulah demi sebuah harapan pada sebuah impian….
agar senyuman dapat lagi terukir di bibir….
Tak kan Melayu hilang di dunia !!!
Perjuangan kita belum selesai !!!

Nukilan:
Arieza Eja (Rumaizah Khuzaimah )
21 Februari 2013.

12 Responses to Sedarlah Wahai Sahabatku (Bersatulah Rakyat Malaysia)

  1. Fendi haris berkata:

    dengan bersatu maka bangsa akan semakin kuat apalagi jika ditambah dengan rasa solidaritas yang tinggi

  2. Istanamurah berkata:

    Bersatu kita teguh bercerai kita runtuh!!

  3. MNH berkata:

    Bagus betul sajak ini. Memberi peringatan kepada bangsa dan tanah air kita yang semakin berpecah belah ini.

    • arieza berkata:

      Ya itulah secara spontan terfikir utk tulis sajak ini kerana melihatkan fenomena rakyat Malaysia kerana Yg berebut pangkat & kuasa & Yg rugi bangsa sendiri ….

  4. Alin berkata:

    saya disini kerana ada kerja sekolah yang perlu diselesaikan,boleh saya ambil puisi ini utk diletakkan di dalam kerja saya? .Terima kasih! saya sungguh tersentuh membaca puisi ini.betul kata saudari…saya sgt sedih melihat Malaysia yang kini….walaupun saya hanyalah seorang kanak-kanak tetapi ini sgt menyentuh hati saya.Saya harap saudari boleh beri tunjuk ajar kepada kami yang lain untuk membuat puisi ^^ kebanyakan saya lihat ramai yg tidak tahu untuk membuat puisi(seperti saya huhu).saya cadangkan bahawa saudari membuat satu page di instagram/fb/twitter ^^(social media).~Alin

  5. Alin berkata:

    Sajak*

  6. Nugik berkata:

    nice post…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: