Puisi Buat Bonda

Ibu

Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.

Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.

Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.

Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.

– NAZA MD NOOR –

Nama Pena: Naza Md Noor
Email: naza_monster@yahoo.com
URL : http://duniakhayalannaza.blogspot.com/

11 Responses to Puisi Buat Bonda

  1. Zada Barabai berkata:

    bunda..
    ragamu kini rapuh menggenggem ikhlas
    jutaan kasih kau persembahkan tuk buah hatimu
    ada suka yg kau gumamkan di sudut bibirmu
    ada duka yg kau tahan di lubuk dadamu
    keikhlasanmu tiada terbantah oleh sang waktu
    hingga hari ini tak bisa ku balas walau dgn seluruh bumi

    bunda..
    anakmu ingin selalu berbakti di belaimu
    air mata ini selalu tertumpah dalam sujud mendo’amu
    maafkan kedhaifan anakmu

    bunda..
    sembah sujutku dlm pangkuanmu

  2. alfian berkata:

    maksih..
    kata2 mu membuat aku sdar btapa besarnya kasih sayang seoarnag ibu…
    maaf aku izin copy ya

  3. Naza Md Noor berkata:

    Terima kasih atas penghargaan anda semua. Sila lah jika ia mampu menyentuh perasaan & naluri anda.

  4. ibu..kasih sayang tanpa batas…

  5. Puisi Kita berkata:

    Kasih Ibu sepanjang masa, selama masih ada Ibu.., hormatilah dia.., cintailah dia…! Puisi yg indah dan menyentuh..!

  6. amis berkata:

    macam bez!!
    =) saya suka,cikgu saya pon suka gak!
    abang saya pon suka gak,ibu saya pon suka gak aw!
    pe2 pon terbaik lah!

  7. nije berkata:

    bonda,
    inspirasiku dengan ketabahan
    penguatku tika menghadapi kegagalan

    bonda,
    lembutmu tanda kasih
    senyumanmu sering ku tagih
    disaat aku masih bertatih
    kau tidak pernah kenal erti letih
    sungguh,kau telah mengajar aku erti gigih

    bonda,
    tiada kata lain mampu terucap
    tiada harga mampu terbayar
    dengan harga sebuah kasih
    dengan harga sebuah kurniaan seorang ‘bonda’

  8. Naza Md Noor berkata:

    Tengs guys πŸ™‚

  9. Holis Satriawan berkata:

    Puisinya sungguh menyentuh hati..
    Good Work!

    Please Visit Us:
    http://www.holis-satriawan.com/puisi/puisiku.html

  10. SITI AQILAH ZULKIFLI berkata:

    Assalamualaikum. sy tertarik dengan puisi buat bonda. Saya ingin bertanya tentang puisi tersebut. Apakah nilai-nilai berdasarkan ‘Puisi buat Bonda’ dalam membentuk personaliti sebagai ‘insan baik’ ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: