Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.
Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.
Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.
Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.
Terima kasih..
rela aku mengenalimu.
~Moktha~
26 September 2010
Sajak : Sejak Aku Mengenalmu
Lawati: http://www.ipuisi.com
biarkan dia mendengar denyut jantungmu itu..
semoga dia bisa merasa setiap getaran cinta yang ada untuknya…
puisi yg indah utk mereka yg sedang dialam cinta..
tahniah
Manusia akan mati…tapi cinta tetap akan hidup selagi ada rasa….
setuju…
cinta ada la sebuah rasa yg begitu indah…
blog sdr telah dilinkan ke http://cagaralamaya.blogspot.com tq
Tme ksih cagaralam….
Puisi yang sederhana, namun, menggoncang rasa. teringat puisi Setiabudi pada tahun 1964 yang bertajuk Kelopak Rasa.
aku mengenalmu sudak lama…..
tapi kita jarang bertemu…~~
kau semakin tidak mengenal cintaku lagi 😦
rasa cinta antara aku dan kau smakin pudar..
ku ingin rasa yang dulu kembali 😦
saddddd
sungguh dia orang yang beruntung 🙂
ermmm
Ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah
seperti hati yang kini mengerdip terserlah
keringkanlan airmatamu, setitis jangan tumpah
biar kolam derita kering dan tak seorangpun
meski pengemis di bawah jambatan dan lorong
merasa sepi dan menatap dunia serba kosong.
serpihan kata:::..KELOPAK RASA~USMAN AWANG
ble la aku gna ayt ini tuk mygf
I LIKE IT ,,, ^^
mantap mas bro
<a href"=http://hardzoom.com/"GOOD
Reblogged this on My Blog.