(Puisi) Menjaring Matahari

Apa yang tergenggam kini cuma harapan
sedang engkau masih di situ
terbuai irama mengasyikkan
dari rahang
kemunafikan
perlahan-lahan membunuhmu saat mentari
rakus membakar keazaman.

Waktu luntur di pegun jiwa
adalah angka yang berhenti memandangmu
kerana mereka telah lama menghilang
menjadi bintang menyeri malam
engkau masih terpaku di situ
di kamar pengabdian, menggigil,
memanggil-manggil nama yang enggan
menyapamu.

Hari ini, pada saat ini
kau harus bangun dengan kudratmu
pasti kau mampu menjaring matahari
atau membekukan kilau bintang
andai itu yang kau inginkan.

KAMAL SUJAK
SG. KAPAR INDAH, KLANG.

11 Responses to (Puisi) Menjaring Matahari

  1. raudah berkata:

    pwsix bgus….sngat menjiwai…membcax membt ak brsmngat kembali untk mnlis lagi….

  2. sara berkata:

    puisi yang menarik..

  3. Abdullah Tahir berkata:

    manusia mudah saja mencari daleh kalau ia tak berkehendakkan……

  4. khalid berkata:

    aku tak tahu mana indah puisi ini.

    tak jumpa bahasa jujur.

    tema yang kabur.

    tak bangun generasi.

    tak mampu perkaya hati.

  5. Muhanas berkata:

    Puisi y indah dan mnrik kta trsusu bgtu indah

  6. Melati berkata:

    Puisi yang indah dan tulus. Terakam kejujuran di dadanya bahawa kita boleh beroleh apa sahaja yang diingankan kalau kita berusaha. Suka puisi yang punya citarasa dan mudah diingati. Selalu ternanti-nanti karya terbaru dari penulis ini. Tahniah!

  7. arisha berkata:

    okelah tuuuuuuuuuuuuuuuh……

  8. zii berkata:

    itu pengarangnya siapa ya?

  9. tiia berkata:

    puisi.a keren bgd, n bner* menjiwa !!!
    cuma sdikit tak qqu mengerti kata*.a …
    heheheheh, maklum lah,,
    bukan pujangga siiy ….

  10. Gadis berkata:

    Puisi yg sngt menarik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: