(Sajak) Kalam Timur

Agama di kepala
bangsa di dada
tanah air di rasa
geletar dalam petaka
sakit teriak tangis di panggung tragis
pentas makin terbuka
di tangan onar petualang
wayang seancak berpesta
dalang bertukar pendusta
geger di bendul demokrasi
cendekia hilang peri.

Di manakah kalam timur?
unjuk muka keluar bertempur
buka mulut khabarkan warta
kebenaran luka duka bangsa
durjana kian berani memusnah
makmur nusa akan punah ranah
baca, baca, tulis hakikat sejarah
pegang kitab suci fahami sirah.

A AZIZ DERAMAN
Kuala Terengganu

3 Responses to (Sajak) Kalam Timur

  1. Erwan Appehdulah berkata:

    wayang “seancak” atau “serancak”?

    setuju ; pegang kitab suci fahami sirah.

  2. Eddie Darman berkata:

    serancak maknanya rancak, gempita, hingar tetapi ancak adalah bekas tempat kita mengisi patung-patung wayang, boleh juga bekas tempat menjamu kepercayaan ghaib animisme, jamu hantu, spt buang ancak dalam masyarakat purba, atau laikathong orang Thai.

  3. karaoke online berkata:

    Hi there, all is going nicely here and ofcourse every
    one is sharing facts, that’s actually good, keep
    up writing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: