Sajak: Pengutip Bunga Hayat

Kitalah anak-anak pelaut
dengan beban di bahu
dengan beban di punggung
sepanjang abad turun-temurun
meredah ombak
meredah gelombang
mengutip bunga-bunga hayat
mengutip bunga-bunga buih
yang pecah di nabir mentari;
meredah angin ribut taufan
mengutip bunga-bunga kudrat
yang tertanam di bawah pasir pulau
yang tertanam di bawah batu pulau.

Kitalah anak-anak pelaut
tidak pernah mengah mengutip
bunga-bunga
derita yang bersarang
di tangga subuh dan tangga malam
ada kala mengirim harum asin laut
ke setiap kali erangan mimpi pahit
yang melintas di dada bulan.

NAAPIE MAT
Kg. Besut, Tumpat.

2 Responses to Sajak: Pengutip Bunga Hayat

  1. Puan Lidya berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya harap admin(Cik Haniey) dapat menghubungi saya melalui e-mail lidyawaty73@gmail.com utk membincangkan sesuatu perkara yang penting. Terima kasih.

  2. fatihah berkata:

    hati menangis tentang hakikat..

    menangis..
    menangis lagi..
    cuba ubah hakikat..
    ak bersendirian menjalani hidup ini..

    cemburu..
    sakit hati..
    cemburu akan kebahagiann yang melingkari hidup temanku..
    kenapa tidak ak..
    menangis lagi..
    lubuk hatiku..

    i will be waiting for u..
    berbaloikah penungguan bodoh ini..
    sedangkan ia langsung tidak membawa erti kepadanya..
    apatah lagi menyedari tentang hakikat cintaku padanya..

    hanya ak..
    hanya ak yang menangis untuknya..
    teman temani ak..
    ubati hati ini..
    hanya kau yang setia dan bererti..
    hanya kau sedari sakitku…

    ak padanya seperti persinggahan..
    dia padaku sebuah percintaan..

    ak menangis lagi..
    menangis..
    dan menangis..
    [hope ley bg advise about my poem..sy bau bertatih lam bidang ni.]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: