Dapatkah Aku Belayar Mencari Penawar Sepi

Dapatkah Aku Belayar Mencari Penawar Sepi

Hati ku terluka kerinduan…
Mencari wajah disebalik mata…
Hati ku kusut kesepian…
Tanpa cinta dari Dia…

Dapatkah aku merindui Mu…
Dalam takbir Al-Quran…
Dapatkah aku mencintai Mu…
Dalam tirai perjalanan…

Telah ku teroka segala Rahsia…
Walau mendung menunjuk hampa…
Telah ku menoktahkan dalam lena…
Walau mentari muncul bahagia…

Dapatkah aku memburu Mu…
Dalam segala kepahitan mengundang…
Dapatkah aku melihat Mu…
Dalam segala kekusutan mendatang…

Ke mana harus ku tuju…
Segala rindu mencengkam jiwa…
Ke mana harus ku mengadu…
Segala cinta didalam jiwa…

Dapatkah aku memeluk Mu…
Dalam lena tidur ku…
Dapatkah aku sembah Mu…
Dalam sujud diatas sejadah ku…

Dimana kewujudan diri Mu…
Tunjukkan kepada hamba Mu ini…
Dimana tempat tepat Mu…

Akan ku cari wajah Mu…
Walaupun ku mati dalam penglihatan ini…
Kerana diriMu…
Aku belayar mencari penawar sepi…

Nukilan:
Dhamah Syifflah
http://belayarmencaripenawar.blogspot.com/

4 Responses to Dapatkah Aku Belayar Mencari Penawar Sepi

  1. farhi berkata:

    alhmdulillah..
    mga usaha mnulis puisi2 spt ini dtruskn..
    xsemua org mmpunyai bkt yg mngagumkan spt kamu…

  2. hafeza & hafezi berkata:

    hurmmm…aku nk nangisss

  3. basa berkata:

    belayar dalam lautan dirimu…engkau akan jumpa Penawar Sepi itu sebab jawapaannya adalah dalam diri KAMU…….

  4. Amni Jagat berkata:

    Hebat pencarian ini. Seolah bayang mencari seni

    http://www.zirbadseni.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: