Puisi Songsang – Latiff Mohidin

Songsang
(buat tok awang)

Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

Terutama
di perayaan tahun
seperti hari ini

Apabila semua orang
telah sedia duduk
aku bangun berdiri

Apabila orang
bangun bertepuk
aku duduk

Apabila orang
ghairah berbincang
aku tidur

Apabila orang
melepaskan merpati
aku tabur padi

Orang lain
telah merdeka
aku belum

Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

Aku hanya
ingin
mengingatkan

Latiff Mohidin
Kota Bharu, Nov 1976.

7 Responses to Puisi Songsang – Latiff Mohidin

  1. st setya fans st12 berkata:

    qu suka puisi ini owh Iia tolong donk buatin puisi cinta

  2. hadi berkata:

    BAGUS, MEMBERI INSPIRASI

  3. fkz berkata:

    saya pertama kali baca puisi ni dalam buku mat som, hasil karya lat. sampai sekarang, ni lah puisi kegemaran saya😀

  4. jimi berkata:

    layan aa puisi ni!

  5. yusoffzalmanmohamadamin berkata:

    “Bila orang tengah panas…..dan aku
    yang jadi mangsa”

    bila orang
    tengah panas
    disiram air
    mendidih
    disimbah ais
    mencair

    bila orang
    tengah panas
    diajar tidak masuk
    ditunjuk
    sesat jalan

    bila orang
    tengah panas
    ditegur
    ia marah
    disayang
    ia benci

    ……biarkanlah saja
    mana tahu
    satu hari nanti
    ia akan
    perlahan-lahan
    sejuk kembali.

    yusoffzalmanmohamadamin
    jubail,saudi arabia
    2012

    p/s – maaf abg latif…ini pun tak kurang songsangnya…cuma pak
    dalangnya aje bontot hitam dan mengerutu…duduk terlampau
    lama barangkali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: