Sajak : Aidilfitri Ini

AIDILFITRI INI

Aidilfitri ini, anakku
saat kemenangan paling indah
seusai berdepan ujian sebulan
senjata iman menundukkan nafsu
tak terbelit akar kebatilan
beribadah tulus mencari hikmah
di bawah terangnya purnama barakah
terpancar cahaya kebaikan
sempurna pembersihan diri
dalam kejernihan nurani.

Aidilfitri ini, anakku
detik kebahagiaan pemberian Allah
betapa damai, hening dan syahdu
dianugerahi kesempatan
menikmati kemanisan
dalam perjalanan hayat
dilingkari kabut rindu
jiwa disentuh takbir bergema
dari menara kebesaran
mengembang cahaya kasih pada Ilahi
mengorak kelopak syukur di taman hati.

Aidilfitri ini, anakku
sesuci kurniaan bersemarak wangi
maknakan anugerah ini
dengan memperteguh cinta hakiki.

NAZIM MOHD SUBARI

6 Responses to Sajak : Aidilfitri Ini

  1. ratna berkata:

    thanks!!!sbb sjk ni bnyk mmbntu sy.

  2. Dhamah Syifflah berkata:

    Layakkah Aku Di Maafkan…

    Ya Allah…
    Telah Kau curahkan nikmat demi nikmat…
    Telah kau ganti bulan demi bulan…
    Kau hilangkan kepayahan…
    Kau ganti kemenangan…
    Hingga alpa memeluk jasad…
    Supaya terus melangkah…
    Mencari sinar keagungan…

    Ya Allah…
    Telah berlalu bulan yang Kau turunkan Al-Quran…
    Kau ganti bulan kemenangan pada KalifahMu…
    Aku hanya mampu menangis…
    Meratapi kekalahan dalam perjuangan…
    Maafkan aku andai itu melukakanMu…
    Kerana aku hanya hamba…
    Tidak mampu berjuang seperti KalifahMu…

    Ya Allah…
    Maafkanlah aku…
    Layakkah aku dimaafkan…
    Walaupun aku tahu…
    Engkau Maha Pengampun…
    Lagi Maha Pengasihani…

    Ya Allah…
    Maafkanlah aku…
    Aku hadapkan mukaku…
    DihadapanMu…
    Maafkanlah aku…
    Jika Engkau tidak memaafkan hambaMu ini…
    Siapa lagi…
    Sedangkan aku adalah hambaMu…

  3. sabrina berkata:

    boleh la…

  4. epy berkata:

    Masak udang dan gulai ketam
    Pembasuh mulut kuih keria
    Berbunyi mercun berdentum-dentam
    Riang gembira di Hari Raya

    Sungai disusur sehari-hari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami meyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

  5. shary berkata:

    assalamualaikum wbt,saya amat menyukai sajak ini..penuh dengan penghayatan dan kata-kata puitis yang menarik..

  6. mynamedoesntmatter berkata:

    help me make one for my homework!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: