Koleksi Puisi Khadijah Hashim – Mencabar Kepayahan

MENCABAR KEPAYAHAN

Krisis ekonomi baru virus baru
muncul pantas tanpa diduga
itu tembok berduri minta disapa
rugi jika tidak berani mencuba
malu jika tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
di alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi
rambutan pulasan ranum di dusun
setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?

Mari mendaki si Gunung Tahan
gunung yang hendak ditakluki
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.

KHADIJAH HASHIM
TTDI, Kuala Lumpur

4 Responses to Koleksi Puisi Khadijah Hashim – Mencabar Kepayahan

  1. Samsudin Haji Abu Bakar berkata:

    Respond kepada puisi ini

    ‘ Waduh !

    Aku malang sekali
    tidak mampu gerakkan kaki menahan segala emosi ekonomi
    yang bagaikan kilat menyambar membakar menghangusi semangat yang kononya mengikut Nabi

    aku pasrah
    diatas kegagalan ini dan aku tidak mampu untuk berdiri
    walaupun dimotivasi dinasihati ditepuk belakangi supaya berdiri lagi

    waduh aku tidak mampu menyuapkan nasi kemulut anak-anak yang kelaparan
    memfakirkan diri memohon zakat dari penguasa dan pemerintah seolah-olah zakat itu mereka punya
    mereka lupa zakat itu mesti diagihi bukan dikasihi

    laku
    dan airmata tidak mampu membolosi
    ganasnya ekonomi yang tidak dipaksa
    hadir kepelusuk dunia
    dan

    aku melarikan diri

  2. misbahul muhaiminan berkata:

    lumayan

  3. irfan maulana berkata:

    baagoes jugaaa…..??!???

  4. senenan jepara,mentok berkata:

    hai semuanya aku masuk internet salam untuk anak2 pro zoax

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: