SERUMPUN
Tanah subur
mengubukah takbur
langit Khatulistiwa
hujan lejang
sesekali merimaskan
antara pohon
pohon pelbagai rupa
merendang sembunyi walang
menyusur beradab akar
tebing bertaut kukuh
zikir mawar mewangi seluruh
kehijauan daun
kesamarataan
nikmat buah rasa bersama
kicauan burung kesyukuran
bulan bintang berdoa
alam kemanisan
manisnya berpanjangan
telah tertanam
pohon-pohon akrab
merentasi sempadan curiga
kerana selama berkebun di sini
semua bangga
berpadu tenaga
membara cinta
julang setia
tak ternilai harga
DZULKIFLI DZIN
SK Pak Badol, Bachok
Puisi adalah sebuah proses pencarian kata terakhir yang sangat menarik!