Puisi Kubang Siasah – A Aziz Deraman

Anak muda itu kini dewasa
akal bicara terobos buana
bermain lambung gelombang
selalu berlari di pesisir watan
tegak asalnya di permatang
baca siasah nusa
tegur mundur bangsa
jabat tangan langkah berani
masuk medan bakti pertiwi.

Adat berlari jatuh bangun
terantuk termenung
hati mahu maknakan siang
rasa mahu tafsirkan malam
hayat tidak mesti panjang
tergelincir diri terhumban
tanpa diduga bergelumang
jatuh ke kubang siasah hitam
berlumpur keyakinan awam
apakah dia hilang pedoman
asyik pukul gendang kosong
jual suara keliling kampung.

A AZIZ DERAMAN
Taman Melewar, Kuala Lumpur

2 Responses to Puisi Kubang Siasah – A Aziz Deraman

  1. ijamala berkata:

    dato a aziz deraman memang tidak asing lagi dalam dunia puisi,hebat karyanya menyentuh sekitar dalam sinis dan apa jua keadaan lantas saya juga mengenali beliau dari jauh apapa pun jua puisi yang tertera hebat…

  2. beilla berkata:

    contoh cara mengalunkan sajak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: