Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti
Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti
Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan
Manusia bercakap beo meniru
Cakap manusia berakal perasaan
Bertasbih bertahmid biar beribu
Belum tentu berkesampaian
Si tukang kasut membuat perabut
Si penggali kubur menjadi bidan
Adzan berkumandang tiada bersahut
Ruhul kudus menangis keseduan
Menggali lubang menimbus lubang
Hamba fakir beraksi kaya
Hutang menimbun keliling pinggang
Batu permata bercampur serpihan kaca
Apa bergelora di lautan samudra
Jika tidak arus dan gelombang
Setiap niat gerak tutur kata
Kehadirat sang adil di hitung timbang
Sumber: ABC_keladihutan (Mesra.net)
jambu kepal masaknya ranum
dimakan orang bulan puasa
saya tergelak dia tersenyum
hendak ditegur tiada biasa
[…] Pantun Nasihat […]
terjumpa guli di tepi pantai,
berasa malu hendak di ambil,
jikalau sesiapa yang mengambil,
dia lah orang yang suka mencuri.
Daripada: Nik Ahmad ‘Afiif
umur: 13 tahun
Harap balas yer “‘sorry ini pantun rekaan sahaja”
bolehkah saudara memberitahu saya siapa pengarang pantun ini?
jika boleh, sila balas melalui emel saya.
terima kasih.