Puisi : Lukisan Yang Belum Sempurna

Bilaku genggam pena hidupku,
Bila ku hampar lembaran putihku,
Inginku lukis satu persatu,
Wajah tersenyum hati berlagu,
Warna-warni mengalir laju,
Berlumba-lumba mengisi sempadan,
Bak air turun tatkala hujan,
Terselit pelangi di celah sinaran.

Bila saja pena melayang,
Bila putih terus menghilang,
Hanya warna mengisi ruang,
Baruku sedar banyak yang kurang,
Tidak seperti apa dirancang,
Tidak seperti apa dipandang,
Warna dipinta hitam yang datang,
Terasa ingin saja lukisanku buang.

Bilaku hampar lembaran yang baru,
Lukisan lama kerap menghantuiku,
Bilaku lukis keindahan alam,
Terasa diriku hampir tenggelam,
Bilaku pilih warna yang riang,
Semua bertukar menjadi arang,
Bilaku koyak lukisan ini,
Terasa hanya menipu diri.

Dimana lagi harusku berdiri,
Agar diri tidak lagi sunyi,
Dimana lagi harusku berlari,
Agar bahgia sering menemani,
Dimana lagi harusku mencari,
Agar kasih tenang di hati.

Tiada lukisan tanpa gambaran,
Tiada soalan tanpa jawapan,
Tiada arah tanpa tujuan,
Selagi hayat dikandung badan,
Akanku tagih sinar harapan,
Agar lukisan ini dapatku sempurnakan.

~Amar Awang~

12061430

4 Responses to Puisi : Lukisan Yang Belum Sempurna

  1. Dhamah Syifflah berkata:

    Gelap malap mengelap lelap…

    Dalam malam menyulam alam…
    Putih tatih letih berlatih…
    Jajah hujah menerjah wajah…
    Mengapakah melangkah merekah watikah…
    Memanah tanah terpanah khazanah…

    Dalam malam menyelam alam…
    Lembut disambut cabut serabut…
    Basah gelisah pisah susah…
    Sunnah amanah khazanah tanah…
    Kalimat tersemat selamat dikiamat…

    Darah merah cerah arah…
    Menyelam dalam kolam alam…
    Sayang sembahyang bayang Sayang…
    Khusuk rasuk pelusuk masuk…
    Inti hati amati mati…
    Menanti mati dititi jati…
    Matlamat Rahmat kiamat terselamat…

  2. Harniza Sepi berkata:

    Lukisanmu Amar
    tidak perlu kau siapkan
    biarkan saja warna bercampur sendiri
    membina tona tanpa sempadan

    pasti akhirnya
    warna-warna itu bakal mengerti
    bersyukur atas nikmat kanvas
    ia masih mampu berlari
    berdiri bernafas dan menafsir diri
    alangkah bertuahnya kita
    berbanding
    mereka yang buta warna
    mereka yang cacat deria

    atas nama bersyukur itu
    jadilah dikau seperti diri ini
    pohon tenang jiwa di dalam
    pohon ceria riak di wajah
    pohon bahagia menanti di hari muka
    Amin…amin…Ya RobbalAlamin.

  3. toyu berkata:

    Salam.

    Pohon kebenaran utk menyalin ‘Puisi : Lukisan Yang Belum Sempurna’ utk letakkan dlm site saya. Dgn ucapan : TERIMA KASIH.

    Dan ada nak tanya sikit – Saya ada mencari cari hasil karya atau berita mengenai saudara ZAHARI HASIB. Beliau juga merupakan seorg pemuisi juga. Minat dgn hail karya beliau yg kadangkala disiarkan dlm akhbar-akhbar. Jikalau ada maklumat sila maklumkan pada saya naaa….

    Sekian, terima kasih

  4. […] dari sini Posted By: toyu Last Edit: 19 Jan 2010 @ 11:18 AM2 views Email • Permalink Tags: puisi […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: