Koleksi Puisi – Perjuangan Tiada Henti

Sedetik waktu berlalu
mengingatkan diri
pada sebuah perjuangan suci
menegakkan bahasa ibunda tercinta
mekar subur mewangi
di persada dunia.

Kalimah-kalimah lantang terentang
membangkitkan semangat juang
daulatkan bahasa!
Bahasa menegakkan bangsa!
Bahasa lambang perpaduan!

Seketika kita dikejutkan
dengan impian dan gagasan
bahasa kita tidak lagi sepadan
jatuh tersungkur
hanyut dibawa
arus globalisasi tanpa sempadan.

Perjuangan tiada henti
kita semakin berani
bersatu melahirkan hasrat
bahasa perlu dijaga
demi mendaulat maruah bangsa.

Sorakan semangat jati diri
melaung-laung di segenap pelosok
menyambut kemenangan
sebuah perjuangan
menegakkan bahasa tercinta.

Cintai Bahasa Kita.

Nurain Hanis
Seri Rawa, Kedah.

12 Responses to Koleksi Puisi – Perjuangan Tiada Henti

  1. Ria Darwina berkata:

    Irama Perpaduan

    Sekian lama kita tahu
    tanah ini akhirnya merdeka jua
    irama perpaduan muhibah
    satu bangsa satu bahasa
    menghormati lagu negaraku
    yang tercinta
    berbagai bangsa
    dengan aluan patuhi rukun negara
    mari bersatu
    dengan irama perpaduan
    bersatu kita bercerai roboh
    kerana Malaysia milik kita bersama
    irama perpaduan
    Marilah marilah marilah
    berganding tangan sebulat suara
    Malaysia milik kita
    maju negara
    maju bangsa
    negara aman ekonomi stabil
    dimata dunia
    rakyat semua bersatu
    One Malaysia…milik kita

    Ria Darwina

  2. Runkatongka berkata:

    HILANGNYA KILAU MAT KILAU

    Mat Kilau dah hilang kilau
    Pahlawan besar dah jadi kerbau
    Kerisnya dah buang,
    Pencaknya dah sumbang,
    Bangsanya kena himpit
    Mat Kilau tak hirau
    kerana dia dah terpukau setan
    Setan itu dibuatnya kawan
    Makan muntahnya,
    Minum kencingnya,
    Biar berdosa asalkan perutnya buncit.

    Dan bila perutnya dah buncit
    Mat Kilau berubah penakut
    Dulu garang macam rimau
    Sekarang macam kucing Friskies
    Nampak tikus terus lari,
    Pandainya jilat sana jilat sini
    Dan berak di kepala bangsa sendiri

    Tapi tak malu mengaku pahlawan melayu
    Pahlawan melayu yang dah hilang melayu
    Berpantun tak tahu,
    beradat tak mahu
    Benih luar disiram
    Pokok rumah biar layu.

    • Siapa mat kilau berkata:

      seorang berpuitis mengutuk mat kilau..
      kononnya faham erti kemelayuan..
      penuh agama dan sifat ketuhanan..
      kononnya seni lebih dari jibril..

      mat kilau penakut!fasih lidahnyaa..
      mat kilau macam (*&^%$$@%@#$^$#^$#^#$ sungguh yakin suci kata hatinya..
      jika tak keberatan jika tiada dosa mahu je dikatakan mat kilau tu melayu babi anjing burik mok…menatang bodo…

      itulah dia runkatonga..di utus Allah ke muka bumi..penuh dengan kecerdikan abadi.bijak sungguh menyusun kata naluri..mat kilau lari macam kucing makan frikies..puas hati runtonga..

      dalam pembelajaran runtonga mengutuk mat kilau..aku mendapat pengajaran…orang yang berfikir kononnyaa cerdik lebih banyak kemusnahan dari orang yang melalui..selagi ianya “berperkataan” runtongga..tak layak mengutuk mat kilau..kerana illmu iblis runtongaa..masih cetek…kesian runtongga…

  3. Siapa mat kilau berkata:

    Run tongga atau runkatonga…jangan mengutuk orang…Allah tak suruh mu mengutuk orang…ianya tak lebih seperti mengata dirimu sendiri…aku bukan orang mat kilau..tetapi fikiran dan mulutmu membawa kepada fitnah dan kehancuran…aku tak suka cara fikiranmu..sebelum bidas sesuatu tanya diri dulu…nak tunjuk mu ni cerdik ke..atau membodohkan diri?atau ikhlas kerana Allah..kalau ikhlas kerana Allah mu tak payah tulis nama dia laa..

  4. aziz berkata:

    oke bnget puisi 2 nya,,,, mau donk biberi tahu resepnya bikin puisi????

  5. azman29 berkata:

    bahasa jiwa bangsa.

  6. jaripahati berkata:

    aku bukan pujangga untuk berkata lembut lidah gigi serupa aku hanya insan biasa betul betulnya.. bathil bathilnya. Aku juga bukan wali untuk berkata haram halalnya.. tapi pada yang pasti dosa tetap dosa… tak perlu menyata..yang pergi biarkan cerita hanya indah belaka.Pada pencerca jangan dicari dosa percuma insaflah kerana besok kita juga akan kesana…

  7. rico berkata:

    emhhhh ,,,
    whatever ,,,, :p

  8. azahra thania berkata:

    perjuangan yg dilalui pra pahlawan
    kini terlupakan
    tak teringat di masa depan

  9. Sri Desy Budiarti berkata:

    Wahh.. Puisi_a bAgus!!!

  10. m .akhmal berkata:

    mantabb bahh .

  11. Charley berkata:

    Howdy! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard
    on. Any recommendations?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: