Puisi – Harga Suatu Ketewasan

Jangan salahkan ketewasan
kerana tiada apa-apa mampu kita lakukan
melainkan melihatnya dari sudut teladan.

Kesatkan air matamu, putera dan puteri
meskipun telah kauketahui
dukaku melirih di hujung sanubari.

Pejamkan matamu, putera dan puteri
mari kukhabarkan ketewasan ini
perlu kaudepani dengan bestari
seimbangkan emosi
kukuhkan jati diri
kita gali kembali
muhasabah diri dengan berani
di situlah kita akan temui
ketewasan ini pelajaran jauhari
harganya kita tebus nanti
maruah perkasa secara hakiki.

Bangkitlah berhemah usah tersadung
akhlak muliamu pasti disanjung.

ZULKIFLI MOHD TOP
Cyberjaya, 30.05.2009

2 Responses to Puisi – Harga Suatu Ketewasan

  1. zack berkata:

    PPSMI Jiwa Bangsa
    Aku patut gelak besaq dulu..kah..kah..kah..
    Melayu mahu jadi clever
    misti pulun cakap English…kah..kah..kah
    misti pandai cakap Ingglish macam
    paddayappa dan heroin pilem Tamil..kah..kah..kah..
    Melayu belajar Sains dalam bahasa Melayu
    mistinya Melayu kangkung
    Melayu maju misti speaking English..kah..kah..kah..
    Bahasa PPSMI Jiwa Bangsaku kah..kah..kah
    Melayu patut tahu Inglish kerana
    jiwa Melayu adalah jiwa Ingglish….
    kah..kah..kah..
    Melayu bijak kerana Inglish
    Jangan cakap dan tulis ikut ejaan Melayu

  2. Dhamah Syifflah berkata:

    Biarlah mati berganjak tidak sekali…

    Kesatkan air suci mengalir pergi…
    Agar ia tidak mengganggu kekalahan ini…
    Teguhkan diri gerak kembali…
    Angkatlah senjata berperang lagi…
    Usahlah takut syurga sentiasa menanti…

    Biarlah pedang terhunus dihati…
    Melangkah mengalah tidak sekali…
    Diajar mengunakan kalimah ini…
    Kau ya Allah penguat langkah ini…
    Aku berani kerana kau disisi…

    Biarlah darah mengalir membasahi…
    Jiwa pahlawan berganjak lari tidak sekali…
    Aku rela mati demiMu Illahi…
    Kalimah saktiMu sentiasa terucap dihati…
    Supaya Engkau melihat hambaMu teguh mendekati…

    Biarlah mati Allah tetap dihati…
    Melari pergi jangan sekali…
    Muhammad mengajar menjadi berani…
    Kuatkan langkah peganglah pedang sampai mati…
    Kerana aku mencintai Agama suci…

    Kemenangan menyusur kini…
    Mendekati setiap pahlawan berani…
    Berjuang hingga mati tidak dipeduli…
    Kerana iman kau kelihatan suci…
    Biar kalah disini…
    Disana telah terbukti kemenagan yang abadi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: