Kiranya gagal menjadi orang
lebih baik menjadi orang-orang
berbaju compang disuruh menentang
kawanan pipit datang menyerang
sawah itu yang luasnya sekangkang.
Lebih baik menjadi orang-orang
apabila suri hati yang tersayang
menjadikan kamu kaya hutang
tidak segan silu dia membentak
mahu dibuntuti segala kehendak.
Lebih baik menjadi orang-orangan
daripada tunggul di tengah laman
anak-anak sendiri ingkari kata
teguran ditepis bersanggah nista
membajai induk, dedalu melata.
Hinakah aku menjadi orang-orang
terpacak kaku hodoh dipandang
siang malam diam di bendang
menakutkan maling si pencuri huma
paling hina pun, aku juga berguna!
Kiranya gagal menjadi orang
hanya dua yang jadi pilihan
sama ada menjadi orang-orangan
atau jadi-jadian binatang musang
siang tidur, malam pula jembalang.
Abd Razak @ Rezeki Othman
Gua Musang, Kelantan
sayup angin memintas padi…
menerbangkan dedaun untuk membiak…
menarik burung untuk menyerang…
terpacak orang-orang memerhati…
lari musuh kerana bisu…
berdiri termanggu hanya membisu…
tegak terpacak melayan sengketa…
hidup mati tidak tahu akan halnya…
memerhati bendang untuk tuannya…
susah diri kerana ada…
putih hitam dibiarkan saja…
hendak melawan langkah tiada…
hendak berkata tiada suara…
hanya air mengalir tanda doa…
kerana padi diri merana…
Hidup ini…….
tak seindah yang disangka
tak sebahagia mereka
kita ingin selalu bahagia
dan selalu ketawa
kita memusuhi derita
kita benci kesusahan
kita lupa ia adalah penebus dosa
kita lupa
kita marah
kita mempersoalkan keadilan tuhan, takdir tuhan
kita lupa sesungguhnya tuhan itu MAHA-ADIL
Dan aku semakin hanyut…..
Sebenarnya telah Tewas…
Ya Tuhan Selamatkan aku
Selamatkan Aku,
Benar-benar, Selamatkanlah Aku.