Sajak Usah Percaya

USAH PERCAYA

Usah percaya riuhnya ayam
lalu menyangka bertelur ia
usah percaya guruh menderam
lalu menyangka hujan nak tiba.

Usah percaya gemuruhnya kompang
lalu menyangka dah tiba mempelai
usah percaya hebohnya orang
lalu menyangka YB yang sampai.

Usah percaya si jalak berkokok
lalu menyangka hari nak siang
usah percaya teriak si pungguk
lalu menyangka bulan mengambang.

Usah percaya buah di pokok
lalu menyangka dapat dimakan
usah percaya gahnya tepuk
lalu menyangka hebatnya sokongan.

Usah percaya padanya orang
kerana manusia zaman sekarang
yang jujur terlalu kurang
yang banyak kaki temberang.

Aliff Mustakim
Permatang Rambai, Penaga

2 Responses to Sajak Usah Percaya

  1. Dhamah Syifflah berkata:

    usahlah mendengar jika tuli…
    usahlah melihat jika buta…
    usahlah berkata jika bisu…

    kalimah dilafazkan menuju…
    tepat mengena disisi diri…
    aku percaya pada yang satu…
    malah berdiri ditapak duri…

    mengapa mencari bayang yang tiada…
    musnahlah nanti susah pula…
    tersepit mati tiada berteman…
    hanya ular melangkar disemadikan…

    fahami diri untuk kehadapan…
    menganjak melepasi cahaya Nya…
    disebalik bercahaya hadir titisan air…
    menjadi cermin imbas berwajah…

    terang NurNya tidak mampu dilihat…
    terkejut sehingga tercabut segala…
    jika berani matikan diri…
    puncanya hanya satu…
    aku masih ada disini…
    jika tiada diri…
    Allah pasti wujud…
    lalu aku dakap memeluknya…
    kerana rindu hampir terlaksana…
    peluklah aku jua…
    seperti Muhammad yang kau percaya…

    dari hamba hampir memasuki neraka…

  2. qasehzaa berkata:

    jangn di dengar pada yg dusta
    hatta dri tidak mampu menghindar
    pengalamn gru terbaik spnjg usia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: