Melayuku Rempit, Melayuku Sempit

Melayuku rempit
kerana yang merempit itu
sawo matang kulitnya
namanya bangsa Melayu.

Melayuku sempit
kerana menyabung nyawa di jalan raya
bukankah sempit otaknya
tapi bangsanya Melayu.

Melayuku sempit
yang mungkin dara mungkin tiada
rela dizina beramai-ramai
digilir-gilir buat habuan teruna rempit
bukankah sempit akalnya
tapi juga bangsanya Melayu.

Melayuku rempit
pantang ditegur pantang diajar
pantang ditunjuk mana hak mana batil
terimalah padah tangan si rempit
bukankah itu sempit mindanya
tapi sekali lagi bangsanya Melayu.

Melayuku sempit
ramai yang sempit rumahnya
ramai yang sempit kantungnya
ramai yang sempit akalnya
ramai yang sempit kuasa politiknya
ramai yang sempit agamanya
tapi mengaku kami Melayu
tuan punya tanah air ini
benarkah, benarkah, benarkah
patut kutanya pada Ah Chong
patut kutanya pada Raju
belum ketemu jawabnya
mungkin juga diketawa jawabnya
Oh Melayuku rempit, Melayuku sempit.

Akhirul Zaman
Seksyen 8, Shah Alam

6 Responses to Melayuku Rempit, Melayuku Sempit

  1. Bulan berkata:

    LUKISAN RINDU
    Rindu lah rindu
    dalam dakapannya
    Terlelap hampa menunggu
    Maseh adakah usia ku memburu
    pertahankan kesetiaan cinta ku

    tetapi aku maseh disini
    musafir anak melayu
    saperti hidup pendatangnya
    cinta dan kesetian sapadu
    tiada yang indah hanya ia

    Rindu lah rindu
    layang dibuai pelokkan
    kerana lahir dari perutnya
    Bumi putera melayu
    walau hidup dibawa pergi
    pergi yang entah kembali

    Oh! Tanah melayu
    biar nama mu membaru
    tetap jiwa raga menyeru
    kehangatan cuaca
    seribu kemanisan
    adat pusaka kedaulatan
    kesejahteraannya sentiasa

    Rindu lah rindu
    Dalam dakapannya
    Terlelap hampa menunggu
    Maseh adakah usia ku memburu
    pertahankan kesetiaan cinta ku.

  2. Bulan berkata:

    Kedengaran lagi
    Suara suara delima
    sentohan mahu pun perasaan
    Atau suatu sumpahan penjajah
    melayu mangsa kehidupan

    ta mahu di terima
    untok percaya tidak sekali
    kerana peluangnya selalu hilang
    kecepatan, kebebasan pendesak
    melayu mangsa pembangunan

    kini sentiasa dilalui
    kepercayaan sasamanya hilang
    mangsa penipuan
    ketamakkan
    sejarah yang berulang.

    Dalam kaadaan delima
    kutokan maseh kedengaran
    suara penjajah ganti pendatang
    sama seperti sejarah dahulu
    ketika dikata malas dan bodoh
    kini rempit sempit malah tersepit

    biarkan, melayu
    jadikan, melayu
    tiada peluang melayu
    mangsa kehidupan dibuminya sendiri.

  3. Suffian salim berkata:

    Sebenarnya Melayu terhimpit dengan melayu yang lain.

  4. budakkampung berkata:

    MELAYU BERADA DIMANA-MANA, DIAM TANDANYA BERILMU BUKAN PEMALU…

  5. fauzi berkata:

    parti rasis akan menyelongkar perkara rasis untuk survival.. itulah skripnya kini.. sebenarnya dulupun ketika kita kuat kitapun dijual oleh bangsa sendiri demi kroni

  6. Mimi Fakhira berkata:

    Ada benarnya puisi ini. Tidak semua Melayu begitu tetapi kebanyakan dari kita. Tak usah berselindung lagi… Melayu, janganlah layu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: