Rumah Bangsa – 1MALAYSIA

Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.

Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman
terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam,
semangat panas membara.

Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga
mengagih beban dengan saksama.

Lapan mata tangga,
lurus bertingkat diukur sama
berganding bahu melangkah sempurna.

Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.

Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.

Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.

Lapan tiang berdiri sempurna,
walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.

Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti untuk yang perlu
kita hiasinya segala termampu
kita namakan 1Malaysia,
terhimpun di dalamnya
segala amanah menuntut keringat semua.

Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.

Cemerlang bertindak, usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.
Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.
Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang, meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.
Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar, integriti teras jati diri.

Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannya
dengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.

Baha Wahab
Kulai Jaya � Istana Budaya.

14 Responses to Rumah Bangsa – 1MALAYSIA

  1. namk berkata:

    boleh tek tambahkan lagi sajak dekat dalam ini?:p

  2. aisarah berkata:

    sajak yang penuh pengisian…tahniah…

  3. KAK ZAH berkata:

    Tahniah, sajak yang bernas. saya gunakan untuk Majlis Pelancaran Kelab Rukun Negara Sekolah pada 2/05/2010.
    harap dapat mencipta puisi yang lebih puitis dan membina

  4. pyda berkata:

    tahniah,sajak yang penuh makna dan pengisian.
    saya ingin gunakan untuk Majlis Warna-Warni 1 Malaysia Universiti pada 25/07/2010..
    harap anda dpt mencipta sajak yg lbih puitis dan membina

  5. ROZANA A'ZAH MERSING berkata:

    Salam…tahniah kerana berjaya menulis sajak yang penuh puitis dan bersemangat. Saya akan mendeklamasikan sajak ini di Dataran Pulau, Mersing sempena pelancaran larian kemerdekaan pada 7 Ogos 2010.
    Teruskan minat anda. Selamat maju jaya. Ikhlas daripada rakan sayembara puisi.

  6. wanfarabel berkata:

    Sajak yang cukup mendalam.
    Tapi apa makna lapan tu ?
    Saya gunakan sajak ini utk wakil Al-Farabi sempena Minggu Kemerdekaan SEMASHUR dlm ptandingan sajak.
    Terima kasih.

  7. sarafyda berkata:

    minta izin untuk deklamasikan sajak ini di sekolah saya untuk pembukaan bulan patriotisme…harap mendapat keizinan dari empunya sajak…terima kasih

  8. akane berkata:

    sajak yang sungguh bermakna..tahniah..saya akan guna sajak ini bagi wakil al razi untuk pertandingan sajak 23 sept ini..harap dpt keizinan..

  9. Fatimahtuz zaharah berkata:

    Tahniah sangat bermakna
    Minta izin tuan, anak saya darjah 4 begitu teruja untuk mendeklamasikan sajak ini di karnival Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan di Instutut Perguruan Raja melewar.

  10. yanna berkata:

    salam. sajak yg sungguh menarik. minta izin empunya utk sy persembah kan sajak ini d sekolah sempena bulan bahasa pd 16 feb ini.. salam.. terima kasih

  11. Hamba Allah berkata:

    Can you add much more poetry about 1malaysia in this blog? It’s very little !

  12. Faizah A. Wahab berkata:

    Al-Fatihah untuk kekandaku Allahyarham Baharudin A. Wahab (Baha Wahab)… penulis telah pulang ke Rahmatullah pada 16.06.2011…
    Rindu Along….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: