Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas can anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apa
yang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.
~ Zurinah Hassan
Salasilah (DBP 2005, hlm 36-37).
http://zurinahhassan.blogspot.com
Aku menangis disini bukannya apa
bukan kerana terluka
bukan kerana turun takhta
aku menangis bukan kerana gembira
aku menangis bukan kerna berduka
aku menangis kerana agama bangsa dan negara
Aku menangis disini bukannya apa
hanya terharu lambaian mereka
turun yang lama
naik yang baru
aku cukup puas dan terharu…
Ria Darwina
nangis aku mengenangkan
bangsaku manusianya cuba menumpulkan naluri
demi ketakutan melihat rahang kuasa
yang punyai taring tajam lagi berbisa
maka merekapun berlumba-lumba melafazkan kata-kata pujian melangit
buat yang baru menaiki tahta
melupakan bahawa
pada diri sang penguasa baru
seluruh dunia tahu
ada najis yang perlu dibersihkan
atau kalian bangsaku
berada dalam sandiwara jilat-menjilat
semata-mata untuk
mencari harta dan pangkat
dari penguasa yang masih belum dibersihkan itu
atau apa maksud kalian
” sesudah berakhir ”
jebat sudahpun tertikam
tuah berlalu pergi
perintah baginda tertunailah sudah
penyesalan sudah terbukti
hasrat yang suci memakan diri
keadilan pun kekal abadi
tirai pun ditarik rapat
gong,conga dan timpani
nyenyak didalam peti
penonton
menyepi pergi
kerusi-kerusi
terbaring sepi
dewan pun
sejuk kembali
pentas suci
tidak lagi berdarah
lampu pun mati
tidak bernyawa lagi
yusoffzalmanmohamadamin
istana melaka
2003
p/s – kak inah…ini pun kesinambungan dari “jebat yang tidak jadi
menderhaka” cuma ianya lebih ringkas dan bersahaja.
Terimakasih beri peluang pada ruang yg sempit ini.