Koleksi Pantun Dalam Maksud

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.

Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.

Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.

Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.

Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.

Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.

Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.

Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.

Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.

Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang dalam di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.

Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.

Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan

Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah

Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun

Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.

24 Responses to Koleksi Pantun Dalam Maksud

  1. hamidi berkata:

    banyak pengajarannye….ore kelate

  2. farahain berkata:

    menarik la jgk

  3. pakcikli00 berkata:

    ribu ribu pohon mengkudu
    cincin permata jatuh ke ruang
    kalau rindu sebut nama ku
    air mata usah di buang

  4. nur diyanah berkata:

    walau sengsara aku pejamkan
    sekali aku bertekad terus kukotakan
    sekalipun bara panas yang kugenggam
    tidak akan kulepaskan

    apakah maksud ini?

  5. […] Koleksi Pantun Dalam Maksud […]

  6. khalis berkata:

    permata lapuk tinggalan si sunti,
    berduka sebak tiada dipulang,
    dikata lauk tumpah ke nasi,
    adat bercupak resam tak hilang.

    • kuntaii berkata:

      dari mana datang nya rambut.
      bukan datang dari tanah gambut
      bukankah adik anak tok batin
      saya datang bawak hajat yang penting!!!ha ha ha@@@

  7. Siti Shyakina berkata:

    tumpang tanya,bolehkah saya menggunakan pantun ini untuk terbitan majalah di sekolah saya?

  8. Nana Juliana berkata:

    harum baunya bunga kasturi, melur jua jd idaman, jika kaya dgn budi pekerti, insyaallah selamat lah badan,

    bengkak tangan disengat tebuan,
    telunjuk lurus kelingking berkait, tiada maknanya sebuah keikhlasan, jika ianya selalu diungkit,

    anak kucing berlari lari, bermain dalam bakul sampah, harap maafkan diriku ini, sekiranya ada kata yg salah.

  9. perindu sepi berkata:

    memancing ikan ditepi bendang, dapat seekor si ikan keli, jika rindu sudah bertandang, resah gelisah didalam hati,

    jalan jalan ke kelantan, singgah sekejap di terengganu, siang & malam jadi igauan, setiap waktu menanti kehadiranmu

    senja hari memakan laksam, laksam dibeli dipasar tani,
    rindu rinduan menjadi dendam, saban waktu ternanti nanti

  10. sabri berkata:

    memancing udang di malam hari
    udang dapat berkati-kati
    hajat besar di dalam hati
    terimalah diri jika sudi

  11. sabri berkata:

    malam bersilih berganti
    duduk termenung seorang diri
    jangan lah bersedih dihati
    sudah diterima cuma menunggu hari

  12. sabri berkata:

    pasang jerangkap di tengah kebun
    kebunnya banyak tumbuh-tumbuhan
    Jika kita terima dengan tekun
    silap haribulan anak bertimbun

  13. sabri berkata:

    mencari pelita di dalam gelap
    tercapai tahi dicelah lantai
    memandu kereta selalu terlelap
    bagaimana nak cepat sampai

  14. sabri berkata:

    jagung ditanam menjadi pokok rambutan
    bila makan selalu tak kenyang
    jangan sampai ke tanjung rambutan
    jiwa dah kacau terhuyung hayang

  15. ahmad sabri berkata:

    buku dibaca setiap hari
    sehari satu lembaran
    bolehkah kita bersatu dikemudian hari
    jika ada niat terima lah lembaran

  16. IMAN berkata:

    Beli nangka
    Rasanya manis
    Tak kusangka
    Kau orangnya
    Manis

  17. farah berkata:

    kalau pantun mestilah sama rima tengah dan akhir..
    baru sedap..sebagai contoh..

    duka bersambut mengalir sendu,
    jiwa diambang palitan tuba;
    kasih berpaut di pungguk rindu,
    menanti kumbang tak kunjung tiba.

  18. syafiq berkata:

    Indah mentari menyinari wajah,
    Malam menanti keindahan bulan,
    Pantang sekali menyerah kalah,
    Jiwa dan raga akan kukorban.

    sedap tak?

  19. Weiz berkata:

    Apa guna pasang plita
    kalau tidak besumbu kain
    apa guna bermain cinta
    kalau tidak brjanji kawin

    ayam,berkokok
    diatas batang
    minta rokok
    satu batang

    pagi pagi turun ke sungai
    turun ke sungai langsung mandi
    harus itu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: