Malam – Muhammad Haji Salleh

Di luar malam menakung dakwat
Canda alam mengawas kandung
Hingga pagi membocorkannya
Lewat sepi mergastua bercicip,
Membalut belukar dengan bintik bunyi
Atau menanda diri di tengah sunyi.

Ada beberapa bintang jauh
Menebuk kain hitam langit
Dan membersitkan kita keluar
Dari malam
Untuk nikmat cahaya.

Dan malam berlalu
Dengan longsor licinnya
Hingga tiba pada debu pagi –
Rahsia surut di kesedaran.

~ Muhammad Haji Salleh

2 Responses to Malam – Muhammad Haji Salleh

  1. ANIS berkata:

    puisi ini memang indah..boleh bantu saya…saya perlu buat puisi geografi untuk pertandingan puisi geografi daerah bulan depan…saya xtahu nak karang puisi..tolong saya…
    tajuk berkaitan 1) tumbuh-tumbuhan semulajadi@hidupan liar
    2)cuaca dan iklim
    3)sungai

  2. jr..... berkata:

    pak trus malam ya pergi kemana….?
    pernahkah ia akan kembali..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: